Saturday 19 November 2016

[Video BERGEMA!!! Sekitar Suasana Himpunan BERSIH 5] Tun M sarung baju Bersih setibanya di KLIA dari Sudan.

Ahad, 20 November 2016

Tun M sarung baju Bersih setibanya di KLIA dari Sudan

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini tiba  dari Sudan untuk menghadiri perhimpunan Bersih 5 pada acara kemuncaknya jam 2 petang ini.
Foto Dr Mahathir  yang baru tiba  jam 12.03 tengah hari  di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur  (KLIA) sebentar tadi menangkis dakwaan pengikut Gerakan Baju Merah dan anti Bersih bahawa Dr Mahathir cuba 'melarikan diri'  daripada  menghadiri himpunan Bersih meleset sama sekali.
Tun Mahathr ketika tiba di KLIA jam 1.005 petang tadi sudah memakai Baju Bersih.Tun Mahathr ketika tiba di KLIA jam 1.005 petang tadi sudah memakai Baju Bersih.
Dijangka Dr Mahathir dan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassing, Ketua Srikandi Anina Saadudin, Ketua Armada Syed Shadiq Syed Abdul Rahman berkumpul di rumah Muhyiddin  dan mereka  akan berkumpul bersama peserta Bersih di Dataran Maybank petang ini sebelum menuju ke Dataran Merdeka.
Dr Mahathir pada Rabu telah menyeru agar rakyat Malaysia turun dalam perhimpunan Bersih 5 melalui rakaman klip videonya yang memakai Baju Bersih 5. 
Kehadiran Dr Mahathir hari ini adalah kali kedua pernah dihadirinya  yang pertama pada 2015 dalam Bersih 4  lalu.
Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk A Kader Jassin yang turut berkumpul di Dataran Maybank petang ini untuk menuju ke Dataran  Merdeka.Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk A Kader Jassin yang turut berkumpul di Dataran Maybank petang ini untuk menuju ke Dataran Merdeka.
(dari kiri) Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika tiba di kawasan Dataran Maybank.(dari kiri) Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika tiba di kawasan Dataran Maybank.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena