Sunday, 27 November 2016

[Video] Timbalan Menteri 'ejek suara itik' ahli parlimen pembangkang & Malaysia perlu diselamatkan daripada pemimpin kleptokrasi.

Ahad, 27 November 2016

Image result for Gambar bersih5

Malaysia perlu diselamatkan daripada pemimpin kleptokrasi

Khairuddin DaudKhairuddin DaudPenasihat DAP Lim Kit Siang menegaskan Malaysia perlu diselamatkan daripada pemimpin Kleptokrasi.
Beliau berkata, secara mudah difahami kleptokrasi ujarnya merujuk kepada 3 P iaitu Perompak, Penipu dan Penyamun.
"Dengan itu Malaysia perlu diselamatkan daripada Kleptokrasi ini.
"Negara diperintah oleh Kleptokrasi. Apa itu Kleptokrasi? Mudahnya, ia adalah 3P iaitu Perompak, Penipu dan Penyamun. Dengan itu Malaysia perlu diselamatkan daripada kleptokrasi ini," tegasnya ketika berucap pada program  Makan Malam Sempenaa Sambutan 50 tahun DAP di negeri itu pada Jumaat lalu.
Selain itu, Ketua Pemuda Amanah Sabah Khairuddin Daud pula menyentuh soal daftar pemilih rakyat Sabah khususnya dalam kalangan anak muda Sabah.
"Kita ingatkan kepada kawan-kawan, saudara mara yang belum mendaftar sebagai pemilih agar mendaftarlah segera dan lakukanlah perubahan melalui kertas undian. Kita tolak Umno-BN pada PRU14 ini," gesanya.
Beliau turut membangkitkan isu skandal rasuah yang berlaku secara berleluasa di Sabah kebelakangan ini.
"Pakatan Harapan sudah lebih awal turun kepada rakyat dan mengadakan petisyen kutipan tandatangan penduduk kampung di Kota Belud, kita hantar kepada Datuk Seri Musa Aman sempena pembentangan bajet negeri Sabah baru-baru ini," ujarnya.
Hamzah Abdullah Hamzah AbdullahTurut berucap Pengerusi Amanah Sabah Hamzah Abdullah yang menyentuh mengenai slogan 'Sabah for Sabahan' yang selalu dicanang oleh ahli politik pada suatu ketika dahulu demi meraih sokongan rakyat Sabah.
"Dan sekarang slogan ini berkumandang lagi di arena politik Sabah," katanya.
Dalam ucapan itu juga, beliau menggesa Pakatan Harapan untuk sentiasa komited dan memperjuangkan hak rakyat.
"Sabah merupakan sebuah negeri yang kaya dengan hasil sumber alam, minyak, kelapa sawit dan balak. Sekarang keuntungan ini sudah kemana? Pembangunan di Sabah tidak seimbang dengan Semenanjung," soal Hamzah.
Tambahan beliau lagi, Amanah berasa sangat kagum terhadap gerak kerja DAP yang sudah 50 tahun konsisten bersama rakyat.
"DAP dulu antara yang tidak setuju dengan penurunan taraf negara Sabah kepada negeri. Sekarang lihatlah apa yang terjadi kepada Sabah?" ujarnya
Beliau juga berkata, Amanah, DAP dan PKR mesti bersatu. Buktinya, melalui pentadbiran Pulau Pinang dan Selangor sudah banyak keuntungan yang dapat dipulangkan semula kepada rakyat.
Hamzah juga berterima kasih kepada Kit Siang kerana sudi hadir bersama pada malam tersebut.
Program ini dihadiri turut dihadiri Stephen Wong (Adun Sandakan, merangkap Pengerusi DAP Sabah), Chan (Adun Sri Tanjung), Arbaani Akum (Naib Pengerusi Amanah Sabah), Ustaz Badrul Amin (PKR), pimpinan-pimpinan lain, serta ahli-ahli dalam setiap parti komponen Pakatan Harapan termasuklah wakil daripada parti Warisan.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena