Monday, 14 November 2016

[Video Caj hospital naik 50%? Turun! Turun ke jalan raya!] Rakyat lebih perlukan hospital baru, berbanding projek landasan kereta api mahal.

Isnin, 14 November 2016


KERANA BINATANG PANDA dari negara Komunis-China KERAjaan UMNO/BN sanggup perabih RM30,214,186 (RM30.2 juta) utk jaga binatang-binatang 'WARGANEGARA CHINA' tersebut...

Bayangkan dgn RM30.2 juta itu digunakan sebaik2nya utk golongan fakir miskin & gelandangan di seluruh negara...



Image result for Gambar hospital terbakar

Image result for Gambar hospital terbakar

Image result for Gambar hospital terbakar
HSA JB Terbakar

IPOH, 14 NOV: Jika berjaya menawan Putrajaya, Pakatan Harapan disaran membatalkan projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ERCL) dan menggunakan wang RM55 bilion itu untuk membina hospital baru serta menyediakan lebih banyak prasarana kesihatan kepada rakyat.
Ahli Parlimen Kampar, Dr. Ko Chung Sen dalam satu kenyataan hari ini berkata ia berikutan tindakan kerajaan UMNO Barisan Nasional memotong peruntukan bagi membina hospital baru dalam Belanjawan 2017 yang dibentangkan baru-baru ini.
Menurutnya, peruntukan untuk hospital baru dalam belanjawan tersebut hanya sebanyak RM177.2 bilion, satu penurunan sebanyak 35% daripada RM273 bilion pada tahun lalu.
Dr. Ko menjelaskan, kerajaan sedia ada tidak boleh berdalih dengan mendakwa dana tidak mencukupi bagi membina hospital kerana jumlahnya amat kecil berbanding jumlah RM55 bilion untuk pembinaan ECRL.
“Sedangkan, kepadatan pesakit yang keterlaluan dan kesesakan pesakit yang perlu beratur panjang setiap hari jauh lebih teruk dari kesesakan lalulintas di jalan ke pantai timur.
“Mengapa Perdana Menteri memilih membina ECRL dengan kos tidak munasabah, tetapi tidak pula mahu membina hospital? Hospital di negara ini sudah lama dalam keadaan sesak dan daif sehingga mengancam keselamatan pesakit dan kakitangan,” katanya.
Beliau yang juga seorang pakar bedah jantung itu menambah, Malaysia turut berdepan masalah kekurangan katil hospital dengan purata hanya 1.9 katil bagi setiap 1000 penduduk, dengan berada di kedudukan ke-119 daripada 190 negara.
Negara ini, katanya, amat jauh ketinggalan berbanding negara-negara berpendapatan tinggi yang mesti mempunyai nisbah sekurang-kurangnya sebanyak 6.13 per 1000 penduduk.
“Kita perlu membina paling kurang 25 hospital lagi yang bersaiz seperti Hospital Sultanah Aminah di Johor dengan kemampuan 1,200 katil untuk setanding dengan Singapura.
“Kita benar-benar memerlukan penambahan 100 hospital baru untuk mencapai nisbah katil yang sesuai dengan objektif kita untuk menjadi negara berpendapatan tinggi,” ujar Ahli Jawatankuasa DAP Perak itu. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena