Wednesday, 16 November 2016

[Video] WAJIB DENGAR!!! Ringkasan PADAT Gobind Singh Berkenaan Sistem Negara Kita Hari Ini! Tangkap Jamal, jangan bahayakan nyawa polis - Rafizi

Khamis, 17 November 2016


Related image


Turunnnnnnnmnn

Image result for Foto rafizi

Tangkap Jamal, jangan bahayakan nyawa polis - Rafizi


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar akan meletakkan pasukannya dalam bahaya sekiranya beliau tidak bertindak gerakan Baju Merah daripada menganjurkan perhimpunan balas serentak pada Sabtu ini, kata Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli.
Ini selepas Khalid dilaporkan berkata polis bersedia jika berlaku kemungkinan pertembungan di antara kedua-dua kumpulan itu dan akan menggunakan kaedah kawalan, termasuk penggunaan semburan lada, jika perlu.
"IGP Khalid, kamu diingat bahawa kamu mempertaruhkan nyawa dan keselamatan pasukan polis kamu pada Sabtu ini melainkan kamu melakukan sesuatu terhadap Jamal sekarang.
"Hentikan mesej fanatik, fasis dan perkauman Baju Merah," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Menurutnya, Datuk Seri Jamal Yunos yang memipin gerakan Baju Merah mengamalkan perkauman dan fasis dan ini sukar untuk disekat.
Sehubungan itu, sekiranya tiada sebarang tindakan diambil terhadap Jamal sebelum perhimpunan Sabtu ini, Khalid akan mempertaruhkan nyawa anggota keselamatan yang bertugas.
"Kumpulan yang fasis dan perkauman seperti Baju Merah tidak boleh dikawal.
"Jika kamu tidak sekat dia sekarang, kamu bukan sahaja meletakkan orang awam yang menyertai (perhimpunan) BERSIH 5 dalam bahaya,” katanya.
Jamal, bulan lalu ditangkap dan kemudian dibebaskan dengan jaminan polis atas dakwaan menghasut.
Selepas hidungnya berdarah dalam pergelutan di Ampang, Ahad lalu, Jamal berikrar untuk membalas dendam dengan ‘hutang darah dibayar darah’ dan mahu ‘mencincang’ mereka yang melukakannya itu.
Pergelutan itu tercetus apabila kumpulan Baju Merah cuba keluar dari sebuah pusat membeli-belah tetapi dihalang oleh polis.
Mereka sebelum itu mengekori aktivis PKR yang berbaju-T BERSIH yang mempromosikan perhimpunan pada 19 November tersebut.
Jamal dirakamkan dalam video kejadian itu menjerit "polis tumbuk saya" tetapi kemudian menafikan berbuat demikian. Beliau sebaliknya menyalahkan ‘budak’ Ahli Parlimen PKR Zuraida Kamaruddin.
Zuraida hari ini memfailkan saman fitnah ke atas Jamal kerana menuduhnya dan ‘budaknya’ yang mencederakan pemimpin Umno Sungai Besar itu.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena