Wednesday 30 November 2016

[Video] Kerajaan PAS Kelantan ditegur jangan tindas Orang Asli mangsa pembalakan & Seramai 47 Orang Asli telah ditahan reman.

Rabu, 30 November 2016

Penduduk dari kaum Orang Asal sering berdukacita apabila menyaksikan keadaan di lokasi berlakunya aktiviti pembalakan.
Penduduk dari kaum Orang Asal sering berdukacita apabila menyaksikan keadaan di lokasi berlakunya aktiviti pembalakan.

Image result for foto Rumah orang asli gua musang dimusnahkan
Menurut Dendi, terdapat pokok yang ketebalan batangnya lebih besar daripada ketinggian dirinya.

NAMA saya Dendi Johari dan saya adalah orang suku kaum Temiar. Nenek moyang saya sudah duduk bergenerasi di kawasan hutan Kelantan kian lama sebelum kedatangan orang Melayu, Cina dan India ke Tanah Melayu.

Tujuan saya menulis surat ini ialah untuk merayu kepada rakyat Malaysia untuk membantu kami menghentikan kemusnahan hutan.

Sejak kebelakangan ini, hutan di daerah Gua Musang banyak ditebang. Kami mengalami kesulitan dan penderitaan yang amat sangat akibat penebangan hutan yang berleluasa sampai mengakibatkan pencemaran air, kehilangan khazanah hutan, tanah adat dan mata pencarian kami....

Adakah manusia tidak memahami bahawa banjir, kemarau dan jerebu adalah akibat daripada kemusnahan hutan? Adakah manusia tidak melihat kita sedang memusnahkan khazanah alam semulajadi kita apabila kita menebang hutan?

Saya, sebagai mewakili kaum saya, memohon dengan tulus ikhlas dan rendah diri semoga dihentikan kemusnahan ini.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Dendi ialah Pengerusi Pemuda Jaringan Kampung Orang Asli (JAKOA) Kelantan. Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.

** Dendi mendakwa ada syarikat pembalakan telah diberi kelulusan oleh Menteri Besar Kelantan untuk menebang 400 ekar hutan asli di kawasan Kampung Berig. Kami mengeluarkan petikan ayat tersebut dan sedang mendapat pengesahan daripada pihak terbabit mengenai dakwaan itu.
ASTRO AWANI
Image result for Gambar benteng manusia di Gua Musang
Orang Asli Kelantan Gua Musang blockade loggers
Kenyataan Media KANUN
KERAJAAN PAS KELANTAN DIGESA BERUNDING DENGAN ORANG ASLI
1. Biro Undang-Undang (KANUN), Parti Amanah Negara (AMANAH) dimaklumkan pada hari ini bahawa seramai 47 Orang Asli telah ditahan reman atas perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majisret Gua Musang. Mereka ditahan dalam operasi merobohkan sekatan di Pos Petei dan Pos Bihai di hutan simpan Balah, Gua Musang, Kelantan semalam. Permohonan reman dibuat atas kesalahan di bawah peruntukan Seksyen 32, Seksyen 47 dan Seksyen 81 Enakmen Perhutanan Negara 1984 kerana menceroboh dan menduduki kawasan hutan simpan tanpa kebenaran.
2. KANUN memandang berat isu ini kerana ianya melibatkan hak asasi golongan minoriti rakyat negara ini yang sepatutnya hak mereka dipertahankan. KANUN difahamkan bahawa masyarakat Orang Asli tersebut bersungguh-sungguh mempertahankan tanah adat turun-temurun mereka daripada dimusnahkan akibat aktiviti pembalakan yang tidak terkawal sehingga mencemarkan dan mengganggu serta menjejaskan kehidupan seharian, mata pencarian, sumber air dan makanan malah tempat perkuburan nenek moyang mereka.
3. KANUN turut menyeru Dato Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, Ustaz Ahmad Yaakob supaya mengambil tindakan berunding dengan masyarakat Orang Asli di sana untuk menyelesaikan masalah mereka dan tidak hanya berlepas tangan kepada agensi persekutuan seperti pihak Jabatan Perhutanan dan polis semata-mata. KANUN menegaskan bahawa soal hutan dan balak ini adalah sebenarnya terletak dalam bidang kuasa negeri sebagaimana yang diperuntukkan dalam Butiran 3 Senarai II - Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.
4. KANUN juga menyatakan bahawa berdasarkan kes Kong Chee Wai & Anor lwn Pengarah Tanah Dan Galian Perak & Ors [Saman Pemula No.: 24NCVC-76-02/2015], Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak telah memutuskan bahawa sesuatu Kerajaan Negeri mempunyai tugas fidusiari untuk menjaga hak dan kepentingan Orang Asli termasuklah mengenalpasti dan mewartakan tanah adat sebagai rizab Orang Asli.
5. KANUN seterusnya menggesa Kerajaan PAS Kelantan untuk terus mempertahankan hak dan kepentingan Orang Asli ini selaras dengan Bahagian 6, Deklarasi Hak Orang Asal Antarabangsa (United Nations Declaration of the Rights of Indigenous People [UNDRIP]) yang menyatakan antara lain bahawa “Kerajaan mesti melaksanakan proses yang boleh memberikan pengiktirafan yang sewajarnya kepada Orang Asli dan hak-hak mereka ke atas tanah adat dan tanah asal.”
6. Akhir sekali, KANUN juga telah meminta wakil peguam KANUN untuk memantau dan memberikan khidmat bantuan guaman kepada masyarakat Orang Asli yang terlibat supaya kepentingan dan hak mereka akan terus dilindungi.
"Amanah, Progresif, Peduli"
WAN ANWAR BIN WAN IBRAHIM
Timbalan Pengerusi
Biro Undang-Undang (KANUN)
Parti Amanah Negara
30 November 2016M / 30 Safar 1438H

Kerajaan PAS Kelantan ditegur jangan tindas Orang Asli mangsa pembalakan

30 November 2016 oleh Foto Syam Ghaz
slide1

KUALA LUMPUR, 30 NOV: Kerajaan Negeri Kelantan diseru supaya adil, ikhlas dan tegas membela hak dan kepentingan Orang Asli negeri itu khususnya melibatkan isu pembalakan hutan secara tidak terkawal di daerah Gua Musang.
Ini kerana Orang Asli adalah pribumi sebenar yang perlu diberi hak sepenuhnya, dan bukan ditindas oleh mana-mana pihak.  
Gesaan ini dibuat kepimpinan Pakatan Harapan dalam satu kenyataan hari ini, yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Keadilan Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Presiden Amanah Hj Mohamad Sabu.
Kesal dengan penahanan 47 Orang Asli oleh pihak berkuasa semalam, kenyataan itu berkata semua pihak terbabit perlu kembali ke meja rundingan apabila semua tahanan dibebaskan bagi mencari penyelesaian tuntas terhadap perkara berkenaan.
“Kami ingin bertanya, apakah proses perundingan telah sampai ke penghujung sehinggakan tindakan sedemikian rupa diambil terhadap penduduk Orang Asli?
“Kami difahamkan bahawa perjuangan Orang Asli daripada kaum Temiar di Kelantan membantah aktiviti pembalakan yang mengancam sistem kehidupan mereka sudah bermula sejak beberapa tahun lalu, dan mereka telah menggunakan semua jalan demokrasi yang ada untuk berunding dengan Kerajaan Negeri namun tidak diendahkan,” kata mereka.
Sebelum ini, aktivis beberapa NGO alam sekitar, hak asasi dan parti politik telah turun padang dan membongkar wujudnya pelanggaran terhadap garis panduan pembalakan yang dibenarkan.
Isu pembalakan di Hutan Simpan Balah itu semakin mendapat perhatian setelah berlakunya kekecohan melibatkan samseng pembalak dua bulan lalu yang bertindak liar merobohkan blockade Orang Asli di Simpang Petei.
Semalam seramai 47 Orang Asli yang mempertahankan tanah mereka di blockade Simpang Petei dan beberapa kawasan lain ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) yang melakukan operasi bersama Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan.
Selain penahanan Orang Asli, operasi itu turut memusnahkan blockade dan lebih 30 pondok berteduh yang didirikan penduduk.
“Tindakan kerajaan negeri dan pihak berkuasa menangkap Orang Asli yang mempertahan hak mereka telah dan akan terus dikecam oleh rakyat prihatin.
“Kami berkeyakinan penuh bahawa masih ada ruang untuk mencari jalan penyelesaian daripada bertindak sedemikian rupa demi mengelakkan kesan buruk kepada Orang Asli dan Kerajaan Negeri Kelantan sendiri,” kata kenyataan itu lagi.
Hampir semua Orang Asli rakyat tempatan, bukan orang luar
Dalam operasi tersebut hampir semua Orang Asli yang ditahan semalam terdiri daripada penduduk tempatan dan bukannya orang luar sebagaimana dilaporkan organisasi media tertentu.
Senarai mangsa yang ditahan jelas menunjukkan 41 daripada 47 Orang Asli yang ditahan merupakan rakyat Kelantan manakala lima lahir di Perak dan seorang dilahirkan di Selangor.
Fakta ini sekaligus menyanggah laporan yang mendakwa kononnya hampir semua Orang Asli yang ditahan bukan penduduk tempatan dan kononnya berasal dari Pahang dan Perak.
Menyangkal dakwaan liar itu, Penyelaras Badan Gabungan Aktivis Alam Sekitar Kelantan Malaysia (BUMI) Syam Ghaz berkata laporan itu adalah tidak benar.
“Berdasarkan senarai yang ditahan, tidak ada langsung Orang Asli dari Pahang yang ditahan dan hampir semua tahanan adalah rakyat Kelantan sendiri,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.
Malah, walaupun ada tahanan yang berasal dari Perak, temubualnya sendiri dengan isteri mangsa yang berasal dari Gua Musang mendapati suaminya itu telah lama menetap di Gua Musang. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena