Monday 21 November 2016

"Di APEC terima nasib yang sama..dunia dah muak"...Awang Selamat penganalisis hebat atau pakar auta?

Isnin, 21 November 2016


BUKAN SEKALI TAPI DAH BANYAK KALI..

Di APEC terima nasib yang sama..dunia dh muak dan hilang kepercayaan dgn najib,tp nak buat macamana itu yg rakyat malaysia pilih utk jd PM tu yg terpaksa jemput....yg nak amik kesempatan atau berkepentingan keatas negara malaysia ja yg layan dia nie sbb umpan $$$$ najib msti setuju....dia bukan business minded tp rasuah minded...

Awang Selamat penganalisis hebat atau pakar auta?

Hanya di Malaysia ada cendekiawan yang mampu membuat analisa tanpa merujuk fakta yang mana salah seorangnya si Awang Selamat, kata Pengerusi Ketua Pemuda Gabungan Ketua Cawangan Malaysia Negeri Kedah (GKCM) Saheme Hashim yang membidas tulisan pojok Awang Selamat.
Beliau berkata, macam biasa seperti perangai pemimpin dan pemikir lain acuan Umno yang boleh membuat analisa dan memberikan rumusan dalam sekelip mata tanpa perlu berfikir berlandaskan fakta.
Dakwanya Awang Selamat menulis tanpa merujuk FAKTA. Maka tidak hairanlah jika hasilnya adalah AUTA belaka.
Ikuti sedutan tulisannya yang di whatapps kepada Malaysia Dateline hari ini.
Awang Selamat cuba menggambarkan bahawa Bersih 5 ini adalah cubaan untuk jatuhkan Najib secara berhimpun. Adakah ini taraf cendekiawan Umno yang cenderung kearah FITNAH serta penyebar PROPAGANDA didalam penulisannya?
Itulah yang dapat saya simpulkan bila terbaca tulisan Awang Selamat ini.
Antara rumusan ANALISA TANPA FAKTA AWANG SELAMAT ialah:-
1. Awang Selamat kata "Perhimpunan BERSIH 5 dikatakan "PERHIMPUNAN HARAM".
_Hakim Nantha Balan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pun TELAH mengesahkan pada 18 Dec bahawa perhimpunan BERSIH 5 adalah PERHIMPUNAN AMAN serta mematuhi undang2 serta perlembagaan negara. Sebagai rakyat yang baik pastinya HORMAT KEPUTUSAN MAHKAMAH. Yang tak mau hormat keputusan mahkamah tu orang Kedah kata jenis "haramjadah". Jadi hanya jenis yang haramjadah saja akan menganggap BERSIH 5 ini haram kerana hanya yang haramjadah saja berani menghina dan mengabaikan keputusan Mahkamah. Adakah Awang Selamat penganalisis hebat atau taraf haramjadah saja?_
2. Awang Selamat kata "Bersih 5 gagal memberi impak."
_Kalau betul Bersih 5 tidak memberi impak... kenapa Awang Selamat susah2 nak buat analisa? Bukankah itu kerja bodoh? Jika tak ada impak kenapa Jamal dan baju merah nak bising2 dan buat kacau di hampir setiap program Bersih? Kenapa hampir 7000 anggota keselamatan di minta berkawal? Kenapa peserta BERSIH tak dibenar berarak dari Bangsar ke Dataran Merdeka? Kenapa 58 jalan ditutup?? Kenapa nak pergi fail di mahkamah untuk istiharkan BERSIH 5 ini perhimpunan haram? Kenapa berbelas aktivis BERSIH 5 ditahan??
Kalau Bersih 5 tiada impak.. mengapa penyertaan rakyat Bersih 5 lebih ramai dari Bersih 1, 2, 3 dan 4??
Dari satu sudut, analisa Awang Selamat ini membuktikan penahanan beberapa aktivis Bersih 5 itu juga tidak berasas... betul kan Awang Selamat? Nak tahan apa jika Bersih 5 tidak membawa sebarang impak?
Apapun penahanan aktivis dan pemimpin politik dalam perhimpunan Bersih 5 ini memang tidak masuk akal kerana Mahkamah telah membenarkan perhimpunan dijalankan dan malah menjadi tanggungjawab pihak polis membantu mengawalnya.
3. Awang Selamat kata "Majoriti peserta masih lagi orang Cina yang menyokong DAP"
Hanya orang buta atau rabun saja yang akan bercakap sebegini. Terlalu banyak gambar dan video yang membuktikan penyertaan semua bangsa termasuk Sabah Serawak dan tiada di dominasikan atau dimiliki oleh mana-mana kaum. Hanya analisa bodoh dapat dihasilkan jika tidak bersandarkan fakta dan mengabaikan objektif asal perhimpunan Bersih5.
Perjuangan Bersih bukan berasaskan kaum...maka disini sudah nampak Awang Selamat sudah jauh tersasar.
4. Awang Selamat kata "Kehadiran pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Dr. Mahathir Mohamad bersama Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir tidak mampu menarik orang Melayu. Tanpa pembabitan Pas"
Satu lagi hasil analisis bodoh tanpa merujuk fakta yang bila kita percaya maka kita pun akan sama-sama jadi bodoh. Penganalisanya Awang Selamat mungkin bijak.. tapi hasil analisisnya ini nampak terlalu daif dan bodoh sangat.
Perjuangan Bersih bukan atas platform parti politik..tetapi atas platform rakyat Malaysia. Ketuanya bukan Tun Mahathir tetapi Maria Chin Abdullah.
Umum tahu Tun M ke Sudan dan tak dapat datang ke Bersih 5. Kedatanganya pada petang itu hanyalah satu kejutan bagi menaikkan semangat peserta Bersih.
Hakikatnya kehadiran Bersih 5, orang melayulah yang paling ramai datang dan mereka datang kerana 5 prinsip asas perjuangan Bersih 5.
Apapun perjuangan Bersih bukan berlandaskan kaum tapi Bersih mewakili semua rakyat Malaysia.
5. Awang Selamat kata "Selepas perhimpunan semalam, Najib Tun Razak masih menjadi Perdana Menteri. Sedangkan ceramah, Khairuddin Abu Hassan aktivis kempen anti-Najib baru-baru ini berapi-rapi mahukan lima juta rakyat sertai Bersih 5.0 bagi menjatuhkan Najib melalui perhimpunan itu."
Ini ada Pembohongan terbesar dan satu provokas terbesar. Sangat memalukan apabila FITNAH TERBESAR sebegini disiarkan oleh UTUSAN ONLINE yang merupakan lidah rasmi parti Umno yang memimpin negara ketika ini.Adakah ini cara Umno memerintah?
Awang Selamat cuba mengalih pandangan pembaca secara halus tentang objektif utama tuntutan Bersih dengan menggambarkan ianya sebagai usaha untuk menjatuhkan Najib melalui perhimpunan. Ini satu analisa yang langsung TIDAK MASUK AKAL.
Bila masa Datuk Seri Khairuddin berkata "Untuk jatuhkan Najib melalui perhimpunan ini?" Awang Selamat mesti jelaskan bukti-bukti dan sumber kerana ini fitnah terbesar.
Secara jelas Awang Selamat cuba menghasut pembaca untuk mempercayai bahawa perhimpunan Bersih 5 ini untuk jatuhkan Najib secara berhimpun sebegini.
Disetiap ceramah Bersih, semuanya dirakam oleh orang ramai dan ada polis beruniform menjaga disetiap ceramah. Adakah anggota polis ini akan membiarkan kenyataan sebegini dikeluarkan tanpa sebarang tindakan?
Seperti yang diterangkan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan serta semua aktivis Bersih 5..objektif perhimpunan Bersih 5 ini adalah:
Rakyat berhimpun pada himpunan aman Bersih kerana nak tunjuk sikap protes pada amalan rasuah kerajaan kleptokrasi di samping menuntut pilihanraya bersih, kerajaan bersih, sistem demokrasi berparlimen yang baik, hak membantah serta memperkasakan Sabah dan Sarawak.
Tidak pernah mana-mana pihak pemimpin Bersih atau Datuk Seri Khairuddin menyatakan tujuan Bersih 5 adalah untuk menjatuhkan Najib "melalui perhimpunan ini" sebaliknya perhimpunan ini untuk menuntut pilihanraya yang Bersih bagi menjatuhkan Najib di PRU14 nanti.
Banyak ucapan pemimpin Bersih dirakam dan disiarkan terus menerus dari FB dan disimpan di youtube boleh dijadikan rujukan. 5 juta peserta disasarkan selaras dengan Bersih 5 dan 5 tuntutan Bersih itu sendiri.
Secara logiknya.. adakah boleh Najib dijatuhkan dengan hanya berhimpun di jalanraya ? Bersih 5 sentiasa patuh undang-undang dan perlembagaan. Pemimpin Bersih 5 juga memilih untuk patuh undang-undang buktinya Bersih 5 patuh arahan Polis yang tidak membenarkan perarakan dari Bangsar ke Padang Merdeka, tidak ada sebarang kekerasan atau tindakan ganas dari peserta Bersih.. malah tiada pasu bunga yang pecah.
Pihak polis dan FRU juga tidak di susahkan kerana suasana perhimpunan aman ini TENANG dan TENTERAM_
Namun Awang Selamat memilih untuk membuat analisa di ruangan bisik-bisik Utusan online lidah Umno ini tampa merujuk FAKTA. Maka tidak hairanlah jika hasilnya adalah AUTA belaka.
Awang Selamat cuba menggambarkan bahawa Bersih 5 ini adalah cubaan untuk jatuhkan Najib secara berhimpun. Adakah ini taraf cendekiawan Umno yang cenderung kearah FITNAH serta penyebar PROPAGANDA didalam penulisannya?
Hakikatnya Bersih 5 sentiasa telus dan tulus menuntut pilihanraya Bersih untuk turunkan Najib, Rosmah, Umno, BN di PRU 14 nanti.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena