Tuesday, 22 November 2016

[Video] MP pembangkang berarak ke Bukit Aman desak bebaskan Maria Chin.

Selasa, 22 November 2016

MP pembangkang berarak ke Bukit Aman desak bebaskan Maria Chin

Seramai kira-kira 30 ahli parlimen pembangkang hari ini berarak dari parlimen ke Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman bagi membantah penahanan Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas ) 2012 (Sosma).
Mereka juga membantah penahanan empat ahli Parlimen sebelum dan selepas perhimpunan Bersih 5 yang diadakan di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.
Mereka adalah Anthony Loke (Seremban) dan Jimmy Wong (ahli Parlimen Kota Kinabalu) yang ditahan pada Jumaat, manakala Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin dan Tian Chua (Ahli Parlimen Batu) ditahan pada malam Sabtu.
Diketuai Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mereka berjalan kira-kira 1 km ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, membawa sepanduk "Tangkap MO1, bebaskan pemberi maklumat" , "Jangan salah guna Sosma" dan "Pertahankan hak ahli parlimen".
Turut serta dalam pasukan itu ialah bekas timbalan perdana menteri dan Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Shafie Apdal.
Pemimpin PAS tunggal yang menyertai mereka adalah ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Mereka menyerahkan memorandum bantahan dan diterima Pegawai Komunikasi Korporat Urusetia Ketua Polis Negara, ASP Noor Azman yusuf di Bukit Aman.
Maria ditahan di bawah Sosma pada Jumaat lalu, sehari sebelum perhimpunan Bersih 5.
Beliau disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen dan ditahan di bawah Sosma yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan sehingga 28 hari.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena