Polis pastikan keselamatan, kelancaran perhimpunan Umno 2016
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memastikan aspek keselamatan sepanjang Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang berlangsung minggu depan, terkawal.
Tanpa mendedahkan jumlah anggota yang bertugas sepanjang perhimpunan itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis telah membuat persediaan awal bagi memastikan kelancaran perhimpunan itu.
"Anggota PDRM yang ditugaskan ketika perhimpunan itu akan bertugas mengikut syif. Selain itu, PDRM juga akan membuka bilik gerakan polis di PWTC," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas mengenai aspek keselamatan sepanjang perhimpunan itu.
Tanpa mendedahkan jumlah anggota yang bertugas sepanjang perhimpunan itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis telah membuat persediaan awal bagi memastikan kelancaran perhimpunan itu.
"Anggota PDRM yang ditugaskan ketika perhimpunan itu akan bertugas mengikut syif. Selain itu, PDRM juga akan membuka bilik gerakan polis di PWTC," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas mengenai aspek keselamatan sepanjang perhimpunan itu.
MP Umno Bukit Aman sudah atur strategi keselamatan sidang PAU...Najib takut bayang2 dia sendiri kesan skandal 1MDB dan lain salah guna kuasa sebagai pee em yg korupt dan tak amanah. Guna servis PDRM utk kepentingan party umno terang2 salah satu jenayah dan korupsi...mengapa party2 pembangkang x layak dapat keististewaan yang sama...IGP asyik nak tangkap dan siasat pembangkang saja atas arahan Najib.
Hutang menggunung sejak Najib jadi Perdana Menteri
Kerajaan menanggung ‘jumlah hutang yang menggunung’ sejak Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri, tegas Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin.
Menurut bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times itu, hutang kerajaan jauh melambung tetapi kesan positif terhadap ekonomi tidak sebanyak mana.
“Kerajaan berhutang perkara biasa. Dulu pun kerajaan berhutang khususnya untuk membiayai pembangunan tetapi tidaklah sebanyak sejak tahun 2009,” dipetik daripada tulisannya di akhbar Sinar Harian hari ini.
Menyelar satu laporan berita mengenai kejayaan eksport negara yang termuat dalam akhbar milik sebuah parti politik kerajaan baru-baru ini, beliau berkata, tiada kaitan kukuh di antara jumlah eksport dengan kewangan kerajaan atau kemuflisan negara.
“Menggunakan perangkaan eksport bagi melindungi jumlah hutang yang menggunung mendedahkan kedangkalan tukang cerita itu,” bidasnya.
Kadir menganggap bahagian dimiliki kerajaan daripada jumlah eksport yang dijangka meningkat 1.1 peratus sahaja tahun ini dan 2.7 peratus tahun depan seperti diunjurkan Belanjawan 2017 tidaklah sebanyak mana.
“Hasil yang bakal diperoleh kerajaan dalam bentuk cukai daripada eksport sebanyak RM568.4 bilion itu pastinya amat kecil berbanding hutang kerajaan sebanyak RM643.6 bilion.
“Tetapi perbelanjaan kerajaan tahun depan dianggarkan RM260.8 bilion atau RM41.07 bilion lebih tinggi daripada hasil. Untuk menampung kekurangan itu kerajaan terpaksa berhutang.
“Sebenarnya hasil yang kerajaan pungut hanya cukup untuk perbelanjaan mengurus macam bayar gaji dan pencen kakitangan awam, menyelenggarakan harta kerajaan dan membayar balik hutang,” jelasnya.
Mengulas lanjut, Kadir berkata, jawapan kepada persoalan tentang apa jadi pada duit hutang yang banyak itu boleh diperoleh daripada laporan tahunan Ketua Juruaudit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) iaitu ketirisan yang berpunca daripada rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan ketidakcekapan.
Tambahnya lagi, imbangan perdagangan yang semakin sempit kerana eksport berkurangan tetapi import bertambah patut dibimbangi.
1 comments:
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [1839] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI SUBALA JATI,,di no (((085-342-064-735)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 670 JUTA , wassalam.
Post a Comment