Saturday 19 November 2016

[Video SORAKAN PADU Rakyat Bersatu!] 20,000 ahli PPBM turun Bersih 5 & Jadikan himpunan ini ketakutan kepada Putrajaya...DAP, Amanah dan PPBM bersatu di Bersih 5.

Ahad, 20 November 2016

Otai BERSIH added 2 new photos.
7 hrs
Walaupun mereka berdua ini tidak sempurna...tetapi semangat yang kuat untuk menentang kezaliman, membuat aku cukup respeck dan hormati mereka ini kerana berani...layak mereka ini di gelar sebagai Pejuang Rakyat...!!!

Seramai 20,000 ahli PPBM turun Bersih 5

Dianggarkan seramai 20,000 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) turun berhimpun pada Bersih 5 hari ini.
Dimaklumkan Ketua Konvoi dari Selatan Samudin Kambali di Johor sahaja sebanyak 17 bas membawa peserta konvoi Bersih 5 dari arah Selatan yang menuju ke ibu negara hari ini.
Kambali memaklumkan pesertanya kini berada di LRT Bangsar menuju akan menuju ke Masjid Negara untuk bersolat Zohor kemudian akan bergerak ke Dataran Merdeka.
Mereka telah tiba seawal jam 4 pagi tadi dijangka akan menyerahkan obor pada jam lima petang di Jalan Raja Laut.

PKR, DAP, Amanah dan PPBM bersatu di Bersih 5

Perhimpunan Bersih 5 hari ini memperlihatkan sokongan peserta kepada gabungan empat parti di bawah Pakatan Harapan iaitu PKR, DAP, Amanah dan kini Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Ucapan pemimpin mereka di perhimpunan ini membayangkan kesepakatan itu.
Teriakan 'Keadilan' disahut dengan 'Reformasi', Amanah disambut 'Progresif', DAP diiringi pekikan 'Ubah' dengan diakhiri sorakan Malaysia disahut jeritan 'Bersatu'.
Pemimpin mereka menyeru perkukuhkan jentera pilihan raya bagi menumbangkan Umno-BN bagi mempertahankan masa depan anak cucu.
"Jadikan himpunan ini ketakutan kepafa pihak yang ada di Putrajaya itu," ujarnya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena