Thursday 17 November 2016

Termaktub dalam Artikel 10(1) Perlembagaan Persekutuan! Penjawat awam berhak sertai perhimpunan aman, kata Suhakam...Apa kata IGP Khalid?

Jumaat, 18 November 2016

Alhamdulillah.. Nampaknya puok2 UMNgOK yg cuba nak menggagalkan usaha perhimpunan #BERSIH5.0 temui kegagalan setelah Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan mereka untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang perhimpunan Bersih 5 pada Sabtu ini.

Mahkamah Tinggi hari ini juga menegaskan bahawa pihak polis secara sah terikat untuk memastikan pergerakan Baju Merah yang bergerak di lokasi yang berbeza untuk tidak bertembung dengan penyokong Bersih 5.0 nanti.

Hakim Nanthan Balan dalam membacakan keputusannya menolak permohonan injunksi bagi menghalang Bersih 5.0 untuk membuat perarakan perhimpunan yang diadakan di ibu kota juga berkata, Seksyen 18 Akta Perhimpunan Aman menyatakan bahawa pihak polis mesti mengarahkan mana-mana pergerakan perhimpunan jika mereka tahu pertembungan itu bakal berlaku.

TETAPI IGP KHALID pula kata Perhimpunan Bersih 5.0 itu sebagai HARAM..

Adakah kuasa IGP lebih tinggi daripada kuasa Mahkamah Tinggi ?

Penjawat awam berhak sertai perhimpunan aman, kata Suhakam

 | November 17, 2016
Tan Sri Razali Ismail berkata ia akan menjadi pelanggaran terhadap Artikel 10(1) Perlembagaan Persekutuan jika hak kebebasan berhimpun secara aman disekat.

Razali-Ismail_bersih_600

PETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini berkata penjawat awam, pelajar universiti dan ahli akademik ada hak untuk berhimpun secara aman.
Pengerusi Suhakam Tan Sri Razali Ismail berkata ia akan menjadi pelanggaran terhadap Artikel 10(1) Perlembagaan Persekutuan jika hak kebebasan berhimpun secara aman disekat.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan amaran Menteri Pelajaran Datuk Seri Mahdzir Khalid yang menghalang guru menyertai perhimpunan pada Sabtu ini di Kuala Lumpur dan beberapa bandar besar lain.
Hari ini, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa memberi amaran kepada penjawat awam supaya tidak menyertai perhimpunan itu atau berdepan pemotongan gaji atau pemecatan, bergantung pada tahap penyertaan.
“Suhakam mengulangi lagi iaitu menerusi Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA), semua rakyat Malaysia ada hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata,” katanya dalam satu kenyataan.
Razali berkata sementara hak untuk mengadakan demonstrasi balas perlu dikekalkan, polis dan pihak berkuasa perlu memastikan tindakan peserta tidak berubah menjadi ugutan dan merusuh.
“Maka tanggungjawab polis untuk memastikan semua rakyat Malaysia dapat menyatakan kedudukan dan pendapat mereka secara bertanggungjawab,” katanya.
Beliau berkata Suhakam menyokong usaha polis menunjukkan disiplin dan melaksanakan penguatkuasaan undang-undang.
“Ini ialah ciri kematangan politik,” katanya.
Selain itu, katanya Suhakam akan memantau perhimpunan berkenaan dan jabatan aduannya akan menerima laporan daripada orang awam.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena