MYANMAR 5- MALAYSIA 0
Itulah keputusan sebenarnya walaupun keputusan perlawanan Bolasepak antara Myanmar dan Malaysia, diatas padang adalah kalah 1-0. Satu daripada gol kalah itu adalah gol jaringan sendiri !
1) Gol bolos pertama- Adalah keputusan tidak bijak Kabinet Malaysia untuk meneruskan perlawanan dalam pertandingan yang tidak penting berbanding dengan pembunuhan beramai ramai Islam Rohingya yang dikutuk keras olih Negara bukan Islam.
2) Gol bolos kedua- Adalah keputusan tidak bertanggung jawab untuk mendedahkan pemain -pemain bola Malaysia kepada bahaya untuk ke Yangoon juga dalam suasana bandaraya tersebut digegarkan beberapa letupan bom baru-baru ini. Ini adalah alasan yang cukup untuk menarik diri.
3) Gol bolos ketiga- Adalah "memaksa" pemain Bolassepak kita terus beraksi semasa mereka tertekan dengan pengetahuan rakyat Islam di Myanmar sedang dibunuh beramai ramai oleh tentera rasmi Kerajaan dan sehari sebelum beraksi satu demonstrasi besar telah diadakan di Kuala Lumpur selepas Solat Jumaat.
4) Gol bolos keempat- Adalah sikap hipokrit - munafik, Kerajaan Malaysia yang kononnya mengetuai gerakan "Global Movements of Moderates"- satu gerakan yang kononnya mendokongi prinsip kesederhanaan TETAPI tidak bertindak cara sepatutnya terhadap perbuatan KEGANASAN EXTRIMIS AGAMA pelampau Myanmar membunuh beramai-ramai rakyat Islam mereka sendiri.
5) Gol bolos kelima- merupakan gol jaringan sendiri ! Adalah tindakan tidak membenarkan usul dibawa ahli Parlimen Kuala Terengganu untuk Membahas Kekejaman Pembunuhan orang Islam di Myanmar di Parlimen dimana kesemua ahli Parlimen boleh menyuarakan pendapat mereka isu "genocide" yang makin meruncing. Ini boleh dijadikan sebagai asas kukuh untuk Malaysia menarik diri dari perlawanan tersebut.
Masalah ini semua berpunca dari sikap lemah kerajaan yang tiada polisi luar Negara yang baik dan tegas. Jika isu tuntutan kawasan kita di Laut China Selatan oleh Negara Komunis China yang telah ditolak oleh tribunal Antarabangsa pun kita membisu....jangan diharap hendak membela orang lain. Negara sendiri pun tidak terbela.
Raja Bahrin Shah
Pengerusi Biro Antarabangsa
Parti Amanah Negara
27 November 2016
Pengerusi Biro Antarabangsa
Parti Amanah Negara
27 November 2016
0 comments:
Post a Comment