Friday, 18 November 2016

[Video] Bersih 5: Pakcik Bersih Cool Layan Jamal (Samseng Ameno?). "SUDAN tak jauh, ada peluang Dr Mahathir hadir esok"...Ayuh kita 'Kuningkan Lembah & Dataran'!

Jumaat, 18 November 2016

Image result for Gambar bulan warna kuning
Di Luoping County, bulan Februari sampai Mac, lembah pertanian yang sangat luas terselimuti warna kuning sejauh mata memandang, karena bunga-bunga canola ...

Dengan berbaju kuning, Dr Mahathir ajak semua turun Sabtu ini

 | November 16, 2016
Sokongan terbuka bekas perdana menteri itu selepas membuat kejutan hadir pada perhimpunan Bersih pada Ogos tahun lalu.
mahathir_bersih_600

‘Sudan tak jauh, ada peluang Dr Mahathir hadir esok’

 | November 18, 2016
Khairuddin berkata, sebarang kemungkinan boleh berlaku esok memandangkan jarak penerbangan pulang dari Sudan ke Malaysia bukan lama sangat.
Khairuddin-Mahathir
PETALING JAYA: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memberi bayangan Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini berada di Sudan mungkin membuat kejutan dengan menghadiri perhimpunan Bersih 5, esok.
Penyokong setia bekas perdana menteri itu berkata, walaupun berada di Sudan, namun tidak mustahil untuk Dr Mahathir pulang ke tanah air dan menyertai perhimpunan itu.
“Sebarang kemungkinan boleh berlaku esok. Jarak penerbangan pulang dari Sudan ke Malaysia bukan lama sangat pun.
“Persempadanan dunia semakin sempit. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku kerana kita masih ada lebih dari 24 jam lagi sebelum himpunan aman Bersih 5 bermula. Tokoh negarawan terulung ini boleh buat pelbagai kemungkinan berlaku.
“Yakinilah dengan pelbagai kemampuan yang boleh dilakukan Dr Mahathir di dalam membuat kejutan yang tidak diduga,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu berkata, perkataan ‘takut’ tidak pernah wujud dalam kamus hidup Dr Mahathir, demi perjuangan menegakkan kebenaran serta kepentingan bangsa, agama dan negara, bekas perdana menteri itu sanggup menempuh pelbagai rintangan serta risiko.
Beliau berkata, sama ada Dr Mahathir dapat menghadiri perhimpunan Bersih 5 esok tidak penting, sebaliknya sokongan beliau terhadap perhimpunan itu selama ini paling penting.
“Yang penting, esok keseluruhan rakyat harus turun secara berama-ramai untuk tunjuk kuasa rakyat secara aman dengan mengikuti undang-undang bagi kita kuningkan Dataran Merdeka esok.
“Mesej kuning kepada kerajaan kleptokrasi esok pada himpunan aman Bersih 5 terlalu penting ke arah kita Selamatkan Malaysia,” katanya.
Isnin lalu, Dr Mahathir tampil dengan video baharu memberi amanatnya menjelang perhimpunan Bersih 5, esok, kali kedua beliau menunjukkan sokongan kepada pergerakan itu selepas meluangkan masa singkat menghadiri Bersih 4, tahun lalu.
“Malaysia sekarang berada dalam keadaan cemas kerana pentadbiran Datuk Seri Najib menyebabkan negara berhutang berbilion ringgit yang tak dapat dibayar oleh kerajaan dan negara.
“Kita perlu menunjuk perasaan tidak puas hati kita kepada kerajaan melalui penyertaan demonstrasi oleh pihak Bersih di Dataran Merdeka dan juga di tempat-tempat lain yang ditentukan,” kata bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu, siap berpakaian baju-T kuning..
Pada Ogos 2015, Dr Mahathir membuat kejutan apabila hadir bersama isterinya Tun Dr Siti Hasmah Ali ketika ribuan peserta meneruskan perhimpunan 2 hari di sekitar Dataran Merdeka.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena