Friday 18 November 2016

Bersih 5.0 kembali lagi...Kenderaan mula sesak menuju Dataran Merdeka & TERKINI! Tangkapan demi tangkapan berterusan.

Jumaat, 18 November 2016
Kenderaan Mula Sesak
lebuh raya utara selatan mula sesak dengan kenderaan menuju kekuala lumpur..
Peserta Bersih memenuhi lebuh raya untuk sampai lebih awal dan bersantai2 disekitar Padang Merdeka..
Sambutan sungguh hangat Peserta Bersih berbagai ragam berbagai sepanduk dibawa bersama untuk dipamir besuk dibandaraya kuala lumpur.
.Terdapat tempat rehat dilebuh raya makanan menjadi menu utama untuk dipesan ..dijangka menu makanan licin habis awal..
200 buah bus dari Pelusuk Perlis dan Kedah akan bergerak turun mula 8 malam ini memenuhi Lebuh Raya
dan kelihatan berpuluh Bus plate Thailand turut serta .
.Peserta dari Thailand turut bersama memeriahkan kerana mereka kumpulan orang kuning jugak diNegara mereka..
dan berbagai kenderaan persendirian turun menuju arah selatan lori2 barangan niaga makanan untuk berniaga disekitar perhimpunan Bersih.
Bersih 5.0 kembali lagi..
SASARAN 1JUTA AKAN TERCAPAI.
TERKINI
Tangkapan demi tangkapan berterusan.
Kali ini melibatkan seorang aktivis mahasiswa dari Universiti Malaya, Luqman Hakim.
Beliau ditahan sebentar tadi di Kawasan Rehat Genting Sempah, Pahang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bagi menyertai ratusan ribu rakyat Malaysia esok sempena #Bersih5.
Penangkapan ini menjadikan jumlah keseluruhannya meningkat kepada LIMA orang setakat ini.
Berikut merupakan senarai terkini yang ditangkap setakat jam 645 petang tadi.
1) Loke Siew Fook (Bukit Aman)
2) Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya)
3) Ronnie Liu Tian Khiew (Bukit Aman)
4) Mandeep Singh (Petaling Jaya)
5) Luqman Hakim (belum diketahui)
Siapa pula yang menjadi mangsa kegilaan @NajibRazak ini???

SEMUA laptop, hardisk, telefon peribadi, dokumen penting, payroll di rampas polis dan MCMC. Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah dan Pengurus BERSIH 2.0, Mandeep Singh, di bawa ke IPD Petaling Jaya dan kemungkinan BESAR akan ditangkap.

Sebelum di bawa keluar, mereka sempat menyeru SELURUH MALAYSIA, supaya jangan takut dengan apa2 momokan dan turun jalan raya esok!

Ingat, kuasa di tangan rakyat. Turun protes esok! #Bersih5

Pejabat BERSIH kena serbu pihak polis dari Bukit Aman dan MCMC. Dengan ugutan merampas SEMUA barang dan dokumen kami. Peguam kami dinafikan hak untuk bertemu dengan kami.
Ini tidak mematahkan semangat kami! Makin kami ditekan dan ditindas, makin kami bangkit! Hidup rakyat!
Apa pun jangan patah semangat. Kami tidak takut pada penguasa yang korup. Jumpa esok di jalan raya! Satukan tenaga! Malaysia baru!

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena