Friday 25 November 2016

[Video idup pasir salak 'sial'!] Maria Chin terima dana seciput dikurung, yang terima ‘derma’ berbilion dibebas? Engko pulak Riza (anak tiri PM) seronok belanja sakan duit buat filem 'lucah & berjudi' lagi.

Sabtu, 26 November 2016

aziz-570

IMDB TETAP DUET RAKYAT MALAYSIA YANG BAPAK TIRI KO SONGLAP
Riza Aziz, anak tiri Perdana Menteri Najib Abdul Razak, telah mendakwa bahawa AS $ 94 juta dana 1MDB yang berakhir dalam akaunya adalah hadiah daripada Aabar BVI, kata Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).
Pemindahan US $ 94.500.000 yang memberikan manfaat kepada Riza Aziz itu adalah sebagai hadiah. Pemindahan itu dibuat tanpa sebarang pertimbangan dan tanpa perkhidmatan yang telah dijalankan atau hadiah yang diterima sebagai aset.
Ini adalah satu pemindahan tanpa sebab dibuat berdasarkan kemurahan hati dan hubungan peribadi yang rapat kita........ kata Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.
Dia sendiri dah mengaku terima duit. Org umno masih juga membisu menghalal kan segala rasuah. Rakyat ni yg membayar segala cukai utk bayar 1mdb. Ko seronok belanja sakan duit buat filem lucah dan berjudi lagi.

Maria Chin terima dana seciput dikurung, yang terima ‘derma’ berbilion dibebas?


bersih-dataran2
TAWAU, 26 NOV: “Mengapa Maria Chin ditahan mengikut SOSMA hanya kerana BERSIH menerima dana seciput dari Open Society Foundation (OSF) sementara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilepaskan begitu sahaja meskipun menerima dana besar RM4.2 bilion daripada warga asing?”
Demikian persoalan yang dibangkitkan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menuntut pembebasaan Pengerusi BERSIH 2.0 itu yang masuk hari kelapan ditahan polis di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) itu.
Beliau merujuk dana RM4.2 bilion yang didakwa kononnya disumbangkan oleh Raja berketurunan Arab kepada Najib, walaupun hasil siasatan pihak berkuasa Amerika Syarikat mendapati dana itu disalurkan daripada wang yang diseleweng daripada syarikat milik penuh negara, 1MDB.
Kit Siang, dalam ucapannya dalam satu program dialog di sini semalam, turut mempersoalkan sikap sambil lewa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengenai keadaan teruk sel penjara yang menempatkan wanita berusia 60 tahun itu.
Hanya setelah seminggu Maria ditahan, kata Kit Siang, baru lah polis sedar dan memaklumkan bahawa pihaknya telah menyediakan tilam dan bantal selepas Maria mengadu terpaksa tidur dalam keadaan tidak selesa berlantaikan kayu sehingga menjejaskan kesihatannya.
Adalah menyedihkan apabila Khalid tidak sedar bahawa pengumuman itu tidak menggambarkan sensitiviti beliau tetapi sebaliknya menunjukkan sifat zalim, kejam dan tidak sensitif Ketua Polis Negara kerana menunggu hampir seminggu untuk menyediakan segala keperluan berkenaan,” ujarnya.
Maria, menurut Kit Siang, sering memberi kesedaran terhadap masyarakat demi perubahan dengan cara aman, tanpa keganasan, dan mengikut lunas demokrasi, justeru beliau tidak harus dianggap seperti pengganas dan ditahan reman selama 28 hari mengikut SOSMA.
Namun, katanya tindakan polis adalah lembab apabila sesuatu kes itu melibatkan penyokong UMNO seperti yang terjadi dalam rusuhan serangan seorang anggota Parlimen pembangkang dan rusuhan di pameran seni oleh kartunis, Zunar di Komtar, semalam.
Pun begitu, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, profesionalisme yang ditunjukkan polis dalam memastikan perhimpunan BERSIH 5 berlangsung aman tanpa gangguan harus diberikan pujian.
“Ia adalah bukti bahawa anggota polis boleh dipertanggungjawabkan untuk menjalankan tugas-tugas mereka untuk menegakkan kedaulatan undang-undang dan memastikan keamanan dan ketenteraman jika tidak ada campur tangan politik, sama ada oleh tuan politik mereka atau ketua mereka yang menjadi boneka permainan politik tuan-tuan mereka,” ujarnya. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena