Najib harus tampil di RCI forex, kata Mahathir
LANGSUNG l Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini tampil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang ditugaskan untuk mengkaji kerugian berbilion ringgit oleh Bank Negara Malaysia dalam pertukaran asing.
Malaysiakini menyiarkan prosiding itu secara langsung.
3:50pm: Bercakap kepada pemberita kemudian, Mahathir disoal sama ada beliau bersetuju bahawa Najib perlu dipanggil untuk hadir di kerana beliau adalah sebahagian daripada anggota kabinet ketika itu.
"Dia sepatutnya (hadir), dia mesti menjelaskan mengapa dia tidak menimbulkan persoalan itu tetapi hanya membesarkannya sekarang.
"Sebelum itu, tidak ada yang menyebut tentang ini, dia tersenyum dan meluluskan segala perkara," kata Mahathir.
3:40pm: Prosiding ditunda dan akan bersambung semula esok
3:30pm: Mahathir disoal oleh Gurdial mengenai pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang - yang ketika itu adalah pemimpin pembangkang - mendesak pada tahun 1993 supaya RCI dibentuk untuk menyiasat kerugian forex
Mahathir mengakui bahawa kabinet telah membincangkannya tetapi menolak cadangan itu.
3:15pm: Sidek mendakwa bahawa Anwar mengetahui tentang kerugian sebenar pada masa itu.
"Jika kamu tahu mengenainya, adakah kamu bersetuju dengan Anwar untuk tidak memaklumkannya kepada kabinet?"
Mahathir, bagaimanapun, mengatakan soalan itu adalah hipotesis kerana dirinya tidak tahu mengenainya.
Haniff kemudian mencelah dan menegaskan bahawa Anwar tidak bersetuju bahawa beliau tahu tentang kerugian sebenar.
Namun, Sidek menegaskan bahawa Anwar tahu mengenainya.
"Hakikatnya dia tahu kerugian sebenar [...] Dia diberikan dokumen itu."
Pegawai pengendalil, Julia Ibrahim kemudian berkata, terdapat dokumen menunjukkan bahawa Anwar mengambil maklum berhubung kerugian berjumlah RM15 bilion itu.
Sidek kemudian dengan segera berkata, beliau tidak akan melanjutkan perkara itu dan Haniff juga berkata perkara yang sama.
Malaysiakini.
1 comments:
Imagine if you had a robot with 6 years authenticated proof?
I just finished a webinar with Mark and his partner, Antony, two days ago and it was AMAZING.
During the webinar Mark and Antony shared their stories to success and answered questions about their new version of the GPS Forex Robot that CAME OUT TODAY!
Post a Comment