Tuesday 5 December 2017

[Video AMCJL tahniah, semoga berjaya] Anak muda Malaysia bersama PH, NGO antarabangsa jejaki Jho Low di merata dunia digerakkan.

Selasa, 5 Disember 2017

Anak muda Malaysia bersama PH, NGO antarabangsa jejaki Jho Low di merata dunia digerakkan

Anak muda Malaysia bersama PH, NGO antarabangsa jejaki Jho Low di merata dunia digerakkan


Anak muda Malaysia kini bergerak bersama Pemuda Pakatan Harapan dalam usaha untuk menjejaki Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho adalah individu yang terkait dalam skandal 1Malaysia Development Berhad(1MDB) yang dipercayai kini berada di luar negara menghilangkan diri daripada diberkas oleh pihak berkuasa negara ini.

Melalui usaha dilakukan oleh pemuda Pakatan Harapan itu gerakan yang diberi nama gerakan Anak Muda Cari Jho Low (AMCJL) akan digerakkan bagi tujuan mencari dimana Jho Low berada yang kini lari daripada siasatan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ), FBI dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam satu kenyataan hari ini AMCJL dijangka akan mengadakan sebuah forum bertajuk: Jho Low Dilindungi China Merah? akan diadakan di Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur pada 8 Disember ini.
Antara panel yang akan dijemput seperti Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden AMANAH Mohamad Sabu,Ahli Parlimen Subang R.Sivarasah, Felo Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Azlan Awang dan  aktivis Hishamuddin Rais.
Menurut Jurucakap AMCJL Faiz Fadzil gerakan itu akan bekerjasama dengan Global Bersih sebuah NGO diperingkat antarabangsa untuk bekerjasama dengan AMCJL menyampaikan maklumat berkaitan keperluan Jho Low dikesan dan usaha penangkapannya dilaksanakan untuk diserahkan kepada PDRM.
“AMCJL dalam usaha mencari Jho Low akan menjalin dengan NGO antarabangsa untuk membantu AMCJL menemui Jho Low. Kami juga akan menghubungi Global Bersih dan menyampaikan maklumat mengenai betapa perlunya Jho Low ditangkap, dibawa pulang ke Malaysia untuk didakwa,” ujarnya dalam sidang media yang diadakan hari ini.
Menurut Faiz yang juga Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional berkata, AMCJL juga akan mengedarkan paparan wajah Jho Low di dalam blog, portal dan facebook melalui sebuah poster kepada warga dunia.
“Supaya muka Jho Low dapat dilihat dan dicam untuk diketahui di mana dia berada. AMCJL juga akan meminta bantuan warga Malaysia diseluruh dunia di mana saja mereka berada.” ujarnya dalam sidang media yang turut dihadiri pimpinan pemuda Pakatan Harapan daripada  PKR, DAP, AMANAH dan Bersatu itu yang diadakan di Restoran Amjal, Bangsar hari ini.
Jho Low dipercayai pernah berada di Hong Kong, Siam, Shanghai China Merah. Manakala kapal layar mewahnya ‘The Equanimity’ pernah dilaporkan berlabuh di perairan Acheh.
Low disyaki melakukan beberapa kesalahan jenayah mengikut undang-undang Malaysia, termasuk kesalahan mengikut Seksyen 120B, 406 dan 409 Kanun Keseksaan, yang mana membabitkan konspirasi jenayah, pecah amanah jenayah dan pecah amanah jenayah oleh ejen atau penjawat awam.
Dia turut disyaki melakukan jenayah berhubung dengan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Jho Low sehingga kini dipercayai bersembunyi, mempunyai kaitan rapat dengan skandal 1MDB yang turut dikaitkan dengan individu yang dikenali sebagai ‘Malaysian Official 1’ (MO1) yang dipercayai mengaitkan  dengan perdana menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Razak.
 Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena