Monday 4 December 2017

[Video PAS BERKECUALI~Sokong Atau Tolak BN & Orang Sabah Perlu Undi Masa Depan Anak Jangan Jual Undi Pada NajibUmno lagi] 3,000 ahli Umno Sabah keluar parti, menyertai Parti Warisan & Harakahdaily: Laksana operasi cegah maksiat di PAU.

Selasa, 5 Disember 2017


Image result for Gambar rakyat sabah parti warisan
Kira-kira 3,000 ahli Umno Sabah keluar parti dan menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) yang diketuai bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal.

Harakahdaily: Laksana operasi cegah maksiat di PAU

Portal rasmi PAS, Harakahdaily melaporkan gesaan seorang bekas anggota Umno yang menuntut pelaksanaan operasi pencegahan maksiat secara besar-besaran bersempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang bakal bermula pada 5 Disember 2017 ini di PWTC, Kuala Lumpur.
Harakahdaily memetik bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Puteri Umno Bahagian Klang, Wan Asshima Kamaruddin yang berkata, setiap kali Perhimpunan Agung Umno banyak berlaku pasangan yang berkhalwat berdasarkan pengetahuan beliau selama 17 tahun pernah bersama parti itu.
"Beliau membuat pendedahan itu kerana tidak mahu lagi bersekongkol dan bersubahat dengan perbuatan maksiat setiap kali berlangsung PAU," lapor Harakahdaily.
'Pasangan isteri dan suami orang'
Dalam laporan itu, Wan Asshima mencabar pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuat operasi besar-besaran bagi menangkap pasangan khalwat.
"Berapa ramai pasangan yang berkhalwat, berapa ramai pasangan bukan Islam bersama dengan orang Islam.
"Dekat situ kita tengok, berapa ramai pasangan isteri orang, suami orang bersama dalam satu bilik," Asshima dipetik berkata oleh Harakahdaily.
"Tetapi saya nampak kemungkaran (itu) semasa saya 17 tahun lagi.
"Sebab itu, saya minta JAWI semasa Perhimpunan Agung Umno (PAU) ini buat operasi besar-besaran di hotel-hotel Kuala Lumpur," tegasnya lapor Harakahdaily.
malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena