Friday 15 December 2017

[Video Donald Trump 'pembuli', kata Mahathir] Himpunan "Jerusalem Bukan Hak Zionis Israel" & Hanya bendera Palestin, Malaysia berkibar di himpunan anjuran Pakatan Harapan

Jumaat, 15 Disember 2017

Foto Parti Amanah Negara.
Suasana sekitar Himpunan Aman "Jerusalem Bukan Hak Zionis Israel" di Kedutaan Amerika Syarikat.

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.
Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.

Hanya bendera Palestin, Malaysia berkibar di himpunan anjuran Pakatan Harapan

Hanya bendera Palestin, Malaysia berkibar di himpunan anjuran Pakatan Harapan
Perhimpunan membantah kedegilan dan keangkuhan Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berlangsung selepas solat Jumaat hari ini.

Perarakan lebih 1,000 peserta selamaa 30 minit dari Masjid Tabung Haji tiba di lokasi setentang kedutaan AS pada jam 2.30 petang tadi.

Berbanding himpunan anjuran Pas minggu lalu, protes membantah pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel anjuran Pakatan Harapan ini hanya membawa bendera Malaysia dan Palestin.
Perarakan yang dikawal anggota AriF itu menyaksikan kehadiran Pengerusi Pakatan Harapan yang juga Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir Mohamad bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Naib Presiden PKR, Tian Chua mendahului ucapan pimpinan komponen Pakatan Harapan ketika lebih 50 anggota polis berkawal di perkarangan bangunan kedutaan.
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dalam ucapannya menggesa negara-negara Arab memutuskan hubungan dengan Israel.
“Hai, Donald Trump hentikan kerja kejahatan kamu. Jadilah seorang manusia.
“Negara-negara Arab putuskan hubungan dengan Israel,” tegasnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Mobilisasi Pakatan Harapan.
Beliau kemudian mengakhiri ucapannya dengan teriakan ‘Jahanam Zionis’, ‘Biadap Donald Trump’ dan ‘Hidup Rakyat Palestin’.
Penasihat Umum AMANAH, Ustaz Ahmad Awang dan Naib Presiden AMANAH, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus yang juga peserta Kapal Kemanusiaan ke Gaza, Mavi Marmara.
Selain itu, Ahli Parlimen Kluang dan Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong serta Ketua Pemuda Pakatan Harapan merangkap Ketua AMK, Nazmi Nik Ahmad juga berucap.
Antara badan bukan kerajaan (NGO) yang turut menyertai himpunan mengecam Trump itu adalah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Turut berucap Mahasiswa AMANAH Nasional, Fakhrul Razi Hamdan; Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah serta aktivis, Hishamuddin Rais.
Himpunan berakhir pada jam 3.30 petang selepas Tun Mahathir berucap dan doa penutup oleh wakil Pemuda Amanah Wilayah Persekutuan.
Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena