Masa depan rakyat Malaysia bakal lebih cerah bawah PH
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa jika pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang, orang Melayu akan kehilangan hak dan menjadi “terbangsat” di tanahair sendiri adalah pembohongan yang nyata.
Beliau merujuk kepada ucapan Najib sepanjang Persidangan Agung Umno (Pau) 2017 yang diadakan di PWTC minggu lalu.
“Tidak ada rakyat Malaysia, apatah lagi orang Melayu yang jadi “terbangsat” jika Pakatan Harapan menang.
“Hakikatnya, rakyat Malaysia akan mempunyai masa depan yang lebih cerah, bebas daripada rasuah, kronisme dan juga GST. PH berpendirian GST perlu dihapuskan kerana ia membebankan rakyat,” kata beliau memetik kenyataan medianya yang disiarkan dalam blognya.
Sebaliknya pula, jika BN terus menang, masa depan Malaysia akan dicuri oleh mereka yang korup, para kroni dan penyokong-penyokong GST.
Dalam kenyataan itu Guan Eng melahirkan rasa kecewa atas sikap PM yang memainkan isu perkauman dan menakut-nakutkan rakyat supaya menjauhi pembangkang.
“Ini kali pertama Umno menyerang DAP dengan mengaitkan perkataan Cina, sikap buruk dalam politik yang secara tidak langsung menyerang masyarakat Cina.
“DAP tidak pernah menyerang Umno sebagai Melayu Umno atau Pas sebagai orang Islam Pas,” katanya.
Tetapi kata beliau, kenyataan PM yang sebegitu rupa sebenarnya untuk menyembunyikan rasa terdesak BN tentang kemungkinan besar mereka kalah dalam pilihan raya umum ke-14 akan datang.
Malaysia Dateline
|
Tuesday, 12 December 2017
[Video HENTIKAN RASUAH, TANGKAP KLEPTOKRASI! & Siapa Agen Komunis, BN Atau DAP?] Masa depan rakyat Malaysia bakal lebih cerah bawah PH.
Rabu, 13 Disember 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Popular Posts
-
Salam sejahtera buat sekalian pembaca yang setia menunngu akan segala kemas kini dari laman ini. Dukacita ingin dimaklumkan bahawa, penuli...
-
Khamis, 10 Januari 2019 PEDAS KJ 'Sindir' Lokman & Ellie Isu Najib Dan Zahid ''Dah Salah Tu Salah La!'' ...
-
Jumaat, 20 September 2013 Solat berseluar pendek! Harus... Tentang gambar solat pakai seluar pendek tu, selepas mendapat feedb...
-
Selasa, 7 Januari 2014 GILER!!! Pensyarah IPTA Tikam Dan Kelar Isteri Sebelum Bunuh Diri!! KLANG - Konflik rumah tangga seorang pensyar...
-
Rabu, 26 April 2017 DAP rakam takziah kepada keluarga Allahyarham adik Mohamad Thaqif Pada 26 April 2017 oleh RoketKini KUA...
-
Rabu, 10 Julai 2013 Penyokong Dr.Muhammad Mursi menunaikan solat zohor berjemaah [ Terkini Isu Semasa Mesir ] Rabu | 10 Julai 20...
-
Khamis, 24 Januari 2019 Sivarraajh akui undi India beri kelebihan pada PH Bekas Anggota Parlimen Cameron Highlands, C Sivarraajh ...
-
Ahad, 10 November 2013 Pengawal keselamatan yang bunuh kejam pegawai bank tempoh hari berjaya di tangkap polis di Johor Baharu pagi...
-
Khamis, 31 Disember 2015 Video: Rakaman Perbualan Remaja 14 Tahun Diculik Van Putih Hangat Slider Utama & Sensasi Dec 30, 2015 ...
-
Isnin, 17 Julai 2017 Otai BERSIH 14 jam · 2 Gadis Remaja Bertumbuk Di Ipoh Parade Macam Pesta. Video in...
0 comments:
Post a Comment