Sunday, 10 December 2017

[Video KEYAKINAN~Tembusi 54 Kerusi Parlimen Felda] Pemuda Pakatan Harapan Bersama Rakyat & UMNO TERDESAK guna PAU serang PH.

Ahad, 10 Disember 2017

Foto Amanah Negeri Perak.
Orang Ramai Di Jemput Hadir
AMANAH Teluk Intan Edar Kalendar 2018
Foto Amanah Negeri Perak.

Foto Amanah Negeri Perak.
AMANAH Teluk Intan Edar Kalendar Kepada Penduduk Di Batu 12 Changkat Jong
Foto Amanah Negeri Perak.
AJK AMANAH Teluk Intan Saudara Chan Wee Chuan membantu menghantar seorang warga emas ke Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan.
Semoga dengan usaha ini dapat meringankan beban rakyat di Teluk Intan khususnya.

Pemuda PH Bersama Rakyat Di Dun Pasir Pinji.
Foto Amanah Negeri Perak.
Ketua Pemuda PAKATAN HARAPAN | Saudara Hasnul Zulkarnain Berucap Dalam Program Sarapan Pagi Pemuda Dapsy Bersama Rakyat Di Dun Pasir Pinji.
Foto Amanah Negeri Perak.

Foto Amanah Negeri Perak.
Sembang Santai PH di Gunung Semanggul.
Foto Amanah Negeri Perak.

Foto Amanah Negeri Perak.
Sembang-Sembang Bersama Orang Kampung Di Gunung Semanggol...
Foto Amanah Negeri Perak.
KENYATAAN MEDIA
UMNO TERDESAK GUNA PAU SERANG PERIBADI PIMPINAN PH
1. Semua maklum bahawa Pilihan Raya Umum Ke-14 sudah semakin dekat dan Umno BN kini semakin terdesak. Mereka sanggup menggunakan apa sahaja cara bagi 'membunuh' Pakatan Harapan yang merupakan ancaman utama kepada mereka untuk kekal berkuasa. Sudah tentu kebersamaan dan keutuhan gabungan keempat-empat parti dalam Pakatan Harapan sangat dicemburui dan digeruni oleh mereka.

2. Ketakutan mereka jelas sekali dilihat melalui serangan bertali arus kepada Pakatan Harapan termasuk semasa Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang sedang berlangsung. Melalui satu ruang pameran karikatur khas mereka menghentam pemimpin Pakatan Harapan. Begitu juga melalui ucapan pemimpin-pemimpin mereka.

3. Serangan bersifat peribadi dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Dr Mahathir Mohamad, Lim Kit Siang, Datuk Seri Dr Wan Azizah, Mohamad Sabu, Lim Guan Eng dan terbaharu ini, terhadap Datuk Seri Mohamad Azmin Ali. Serangan terhadap Azmin dilakukan melalui anggota keluarga terdekatnya sendiri yang kita yakin dimanipulasi oleh Umno BN.

4. Kepada Datuk Seri Mohamad Azmin, kita doakan semoga beliau tabah menghadapi episod serangan ini dan kita yakin seluruh pimpinan Pakatan Harapan bersama beliau dalam menghadapi budaya politik toksik Umno BN. Semoga beliau akan terus bersama untuk melakukan perubahan politik dalam negara ini.

5. Suka untuk saya katakan bahawa pemimpin Pakatan Harapan sudah lali dengan serangan-serangan bersifat peribadi dan jahat sebegini malah ia sedikitpun tidak mampu mengubah komitmen kami untuk membela rakyat dan menyelamatkan negara ini dari kerakusan Umno BN.

6. Kami yakin, ramai lagi pimpinan Pakatan Harapan akan menjadi mangsa serangan politik Umno BN selepas daripada ini. Kami juga yakin rakyat sangat bijak untuk menilai disebalik apa yang berlaku.

KHALID ABDUL SAMAD
Ahli Parlimen Shah Alam
Pengarah Komunikasi
Parti Amanah Negara

7 Disember 2017

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena