Sunday 10 December 2017

[Video Lepas dituduh anti-Islam, DAP gesa polis siasat Najib & PENJELASAN~Zaid Ibrahim#Isu Sultan Selangor] Setelah umat saling mengkafir, pemimpin PAS lepas tangan isu RUU355

Ahad, 10 Disember 2017


Image result for Gambar Jamal Bakar zaid
Pijak gambar kena tangkap, bakar patung tak apa pula?

Jamal ditangkap polis

Image result for Gambar Jamal Bakar zaid

Sehari selepas mengancam untuk menyerang bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim dengan tukul, Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos ditahan polis sebentar tadi.
Jamal yang juga Pengerusi Gabungan NGO 1Malaysia diberkas anggota Polis Diraja Malaysia sejurus selepas Perhimpunan Agung Umno ke-71 berakhir di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur (PWTC).
Menurut Sinar Harian Jamal dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
malaysiakini.

Setelah umat saling mengkafir, pemimpin PAS lepas tangan isu RUU355

Kelakuan dan kenyataan tidak bertanggungjawab sebahagian pemimpin PAS semakin menjadi-jadi apabila mengambil mudah ‘kerosakan’ yang telah dilakukan mereka terhadap umat Melayu Islam dan rakyat Malaysia amnya.
Perkara ini dibangkitkan bukanlah kerana mereka dilihat semakin condong dengan pemimpin rasuah UMNO sebagaimana yang kita telah maklum, tetapi jauh lebih mustahak daripada itu.
Kelmarin, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengeluarkan kenyataan menganggap isu RUU355 sebagai bukan lagi tanggungjawabnya.
Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan itu, ‘nasib’ RUU355 tersebut telah digalas oleh UMNO dan Speaker Dewan Rakyat.
Berdasarkan kenyataan Mohd Amar ini, dapat kita simpulkan jelas bahawa perkara tersebut ditutup dengan memberi bola tanggung kepada Najib dan pasukannya.
Apa yang pasti, pemimpin PAS itu lepas tangan terhadap perpecahan yang muncul dalam masyarakat Melayu Islam negara ini akibat polemik kafir-mengkafir (takfiri).
Kenyataan Nik Amar itu mendapat reaksi pendakwah terkenal Ustaz Wan Ji Wan Hussin yang melahirkan kekesalannya.
“Ustaz Nik Amar tak boleh cakap macam ni. Sebab, ramai yang menjadi mangsa isu RUU 355 ni,” kata Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang itu dalam kemas kini status facebook beliau.
Menurut Wan Ji, polemik RUU355 yang ditimbulkan PAS tersebut telah pun menyebabkan pelbagai kontroversi dan pertikaian sesame umat Islam negara ini.
“Ada yang dituduh kafir, ada dituduh munafiq, ada yang dituduh murtad, ada yang dituduh liberal, ada yang dituduh Yahudi, ada yang nak ditanam di Jirat..
“Kalau ustaz Nik Amar cakap macam ni, nampak sangat ustaz Nik Amar permainkan agama demi kepentingan politik.
“Ini bukan ajaran Islam la, Ustaz…” katanya dalam kenyataan ringkas.
‘Fatwa songsang’ pemimpin PAS pecah belah rakyat
Polemik Pindaan RUU355 yang diusulkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 2016 telah mencetuskan pertikaian hangat apabila munculnya puak tertentu dalam PAS mengeluarkan ‘fatwa songsang’ bagi mereka yang tidak setuju atau membangkitkan persoalan terhadap pindaan RUU tersebut.
Mereka seolah-olah meletakkan pindaan RUU tersebut sebagai ‘hukum Allah’ yang wajib ditegakkan sehingga seorang pemimpin PAS Pulau Pinang, Shaharuddin Ibrahim meletakkan hukuman ‘jatuh iman’ – ‘tanam di jirat’ bagi mereka yang tidak menyokong RUU355 merujuk kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah.
Tindakan pemimpin PAS tersebut segera mendapat teguran Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.
Menurutnya walaupun umat Islam wajib menerima hukum yang ditetapkan Allah, RUU355 bukanlah hukum Allah.
Bukan isu baru
Bekas Setiausaha Enakmen Jenayah Syariah Kelantan yang kini Naib Pengerusi Amanah Kelantan Ustaz Che Ibrahim Mohamed pula dalam laporan Roketkini sebelum ini berkata, polemik berkenaan telah menimbulkan banyak salah faham dikalangan umat Islam negara ini.
Katanya, salah faham meluas yang timbul dengan mengatakan menolak RUU persendirian Ahli Parlimen Marang itu sebagai menolak hukum Allah adalah tidak benar sama sekali malah tohmahan itu hanya akan membenihkan fahaman pelampau agama di Malaysia.
“Isu takfiri bukan benda baru. Isu ni benda lama. Dulu isu mengkafirkan orang yang mengamalkan politik suku agama suku (Amanat Haji Hadi). Sekarang ni timbul pula isu sebegini (melibatkan) masalah undang-undang sedangkan rakyat tak ada kuasa luluskan undang-undang.
“Sebab kita kena faham, hukum syarak adalah satu perkara, RUU 355 ini pula adalah suatu perkara lain. Kita sekarang ni bukan membincangkan mempertikaikan hukum syarak. Kita memperkatakan tentang bagaimana hukum ini hendak dilaksanakan,” katanya. – Roketkini.com
Kredit foto: Malay Mail Online

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena