Thursday 14 December 2017

[Video Umno Pengkhianat! Nasib Melayu masih lagi begini, salah DAP ke? Kit Siang 'hadir' di PAU 2017] Politik Melayu yang 'Bingai'? PAU 2017 patut bincang ekonomi Melayu, bukan hentam DAP.

Jumaat, 15 Disember 2017


Image result for Gambar Dap Led Opposition

pe maksud bingai?

Orang selalu gunakan untuk maki orang lain. Bagi erti kata lain , lembab , bodoh , bebal , benak.

PAU 2017 patut bincang ekonomi Melayu, bukan hentam DAP

PAU 2017 patut bincang ekonomi Melayu, bukan hentam DAP

Perhimpunan Agung Umno 2017 (PAU) beberapa hari lalu berakhir sia-sia apabila tidak mencapai apa-apa solusi memperbaiki ekonomi orang Melayu, sebaliknya menjadi tempat menghentam DAP, Tun Mahathir, Anwar Ibrahim dan musuh-musuh politik parti Melayu itu sahaja.
Timbalan Pengerusi DAP Pahang, M. Manogaran berpendapat, PAU hanya menumpukan agenda “kalau Umno tumbang, hak Melayu akan hilang sama sekali” dan bukannya memperbaiki kesejahteraan kaum bumiputera sebagaimana perjuangan teras Umno yang sering dilaung-laungkan selama ini.
Begitu juga, katanya, sebagai parti pemerintah Umno tidak menyentuh langsung soal kenaikan kos hidup yang membebankan rakyat dan sepatutnya menjadi tumpuan utama perbahasan perwakilan.
“Tiada ucapan bagaimana hendak menurunkan kos sara hidup yang semakin melambung naik. Hanya retorik menghentam Dr. M dan DAP yang berdentum dengan kuat dan gagah.
“Terdapat juga kenyataan rasis menentang Lim Kit Siang seolah-olah Lim ialah musuh negara. Sudah jelas para pemimpin Umno inginkan masyarakat Melayu menolak dan memulau DAP dalam PRU14 dengan memberi gambaran bahawa orang DAP gila kuasa untuk menjadi Perdana Menteri dan selepas itu akan ‘memberi masalah besar’ kepada orang Melayu,” kata Manogaran kepada Suara pakatan daily.
Beliau berpendapat Umno sewajarnya lebih memahami penderitaan rakyat. 
Apatah lagi dalam bulan-bulan terakhir sebelum pilihan raya umum ke 14.
Bukannya menghentam kaum Cina yang seolah-olah tidak diperlukan untuk BN kekal memerintah selepas PRU.
“Sebagai parti yang memerintah, Umno wajar bertindak dengan adil dan saksama tetapi saya perhatikan bahawa ‘masyarakat Cina dihentam teruk’ seolah-oleh orang Cina wajib menyokong BN atau mereka akan dihukum,” kata Manogaran.
Beliau menegaskan kalau amalan rasis ini berterusan, pelabur asing tidak akan lagi yakin dengan kestabilan politik negara sepelas PRU 14 dan akan meninggalkan Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena