Dr M: Ambil duit Najib tapi jangan undi BN
Walaupun mengambil duit kerajaan, orang ramai harus mengundi pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang, kata Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, tidak timbul soal hutang budi kerana ia bukan duit Umno atau Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetapi peruntukan yang berpunca daripada cukai terhadap rakyat.
"Apa sebab kita nak terhutang budi apabila duit kita dibagi balik kepada kita," kata bekas perdana menteri itu dalam tulisannya di blog.
Antara cukai itu, kata Mahathir, termasuk barang dan perkhidmatan (GST).
"Apa sebab kita nak terhutang budi apabila duit kita dibagi balik kepada kita," kata bekas perdana menteri itu dalam tulisannya di blog.
Antara cukai itu, kata Mahathir, termasuk barang dan perkhidmatan (GST).
"Duit kerajaan datang dari cukai ke atas rakyat seperti GST, ini bermakna Umno dan BN sapu duit cukai yang dibayar oleh rakyat untuk sogok rakyat.
"Rakyat dan pengundi perlu sedar, duit dan hadiah ini bukan dari Umno atau Najib, ada bukti yang duit ini diseleweng dari duit 1MDB.
"Peruntukan untuk kementerian dan pentadbiran dipotong dan diguna untuk 'tumbuk' rusuk pengundi," kata Mahathir lagi.
'Cabutan bertuah adalah rasuah'
Selain itu, negarawan itu juga mempersoalkan tiada sebarang siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Umno kerana pelbagai 'hadiah' yang diberikan semasa sambutan siri jelajah ke seluruh negara.
"Sekarang ekspo diadakan oleh Umno di seluruh negara dengan rumah dan motosikal sebagai hadiah (cabutan) nombor bertuah.
"Ia diadakan apabila pilihan raya semakin dekat dan menjadikan agihan ini sebagai satu jenis rasuah tetapi tidak ada siasatan oleh SPRM," kata pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) lagi.
malaysiakini.Kerja kuat, lagi banyak undi hilang, kata timbalan menteri
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Razali Ibrahim berdepan jalan yang sukar menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang akan datang.
Ahli Parlimen Muar selama tiga penggal itu menyaksikan majoritinya terus merudum dalam dua pilihan raya terakhir, walaupun kedudukannya kini lebih tinggi sebagai timbalan menteri sejak tahun 2009.
malaysiakini.
0 comments:
Post a Comment