Tumpang sekole.
DENGAN MANIFESTO AWAL DAN 62 KESALAHAN, INI KALILAH UNTUK KITA SAMA2 TUMBANGKAN NAJIB....
Rakyat dan pengundi kini sebenarnya lebih mudah untuk membuat pilihan yang tepat dalam pilihanraya akan datang.
Rakyat juga sebenarnya lebih mudah untuk menolak BN dan tidak lagi memilih Najib Razak sebagai Perdana Menteri dalam PRU 14 nanti.
Semua ini berikutan Pakatan Harapan telah membuat keputusan mendahului zaman dengan membentangkan manifestonya lebih awal daripada yang sepatutnya.
Jika sebelum ini dan kebiasannya, parti-parti yang bertanding hanya akan membentangkan manifesto masing-masing selepas Parlimen dibubarkan, tetapi kali ini Pakatan Harapan telah berbuat demikian lebih awal lagi.
Semua ini secara tidak langsung memudahkan rakyat dan pengundi untuk menilai dan memahami apa yang akan dilakukan oleh Pakatan Harapan sebagai pengganti BN sebaik saja menerajui kerajaan.
Tidak perlu rasanya dihuraikan lagi apakah intipati penting manifesto Pakatan Harapan yang dibentangkan semalam kerana semuanya telah pun tersebar luas dan menjadi percakapan rakyat sekarang ini.
Soal sama ada manifesto itu janji bulan bintang atau sebaliknya tidak seharusnya timbul kerana wajib disedari bahawa Pakatan Harapan ditunjangi oleh pemimpin berpengalaman, Tun Mahathir Mohamad yang pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun ini serta sederetan pemimpin lain yang tidak kurang pengalamannya.
Adakah Tun Mahathir dengan rekod cemerlangnya sebelum ini hanya mahu membentangkan manifesto janji bulan bintang yang tidak mampu dilaksanakannya?
Jika KLCC mampu dibinanya, apakah terlalu sukar untuk beliau menghapuskan GST, mengembalikan subsidi dan mendapatkan semula wang 1MDB yang dicuri?
Selain itu, turut menjadikan lebih mudah untuk rakyat dan pengundi menolak Najib, UMNO dan BN ialah berikutan Tun Mahathir juga sudah pun menyenaraikan 62 kesalahan Perdana Menteri sejak 2009 yang lalu.
Sudah pasti kesalahan yang disenaraikan itu adalah kesalahan-kesalahan yang besar dan melibatkan kerugian besar kepada rakyat dan negara.
Lebih daripada itu, jumlah kesalahan Najib juga mungkin akan terus bertambah dari masa ke semasa sebelum tibanya tarikh Parlimen dibubarkan.
Dengan jumlah kesalahan yang banyak itu, selepas ia didedahkan oleh Tun Mahathir nanti dan kemudian disebarkan dengan meluas kepada rakyat dan pengundi seluruh negara, maka tiadalah masalah lagi untuk rakyat menolak dan menyingkirkan Najib, UMNO dan BN.
Masih adakah rakyat yang mahu mengekalkan seorang Perdana Menteri yang begitu banyak bertimbun kesalahannya?
Secara mudahnya, dengan adanya manifesto Pakatan Harapan yang disediakan lebih awal untuk dinilai rakyat, disamping bertimbun kesalahan yang sedia ada melingkari Najib, selain Tun Mahathir adalah calon Perdana Menteri yang terbaik untuk menyelamatkan Malaysia, adalah sesalan sepanjang hidup jika masih ada yang terfikir mahu mengekalkan lagi BN dalam PRU 14 akan datang ini.
Ini kalilah....dan peluang terbaik sebegini tidak akan datang lagi buat kali kedua selepas ini. (ShahbudinHusin 09/03/2018).
0 comments:
Post a Comment