Korang agak siapa org tu yer..?
Kakitangan awam jangan takut undi selain BN
Biro Buruh DAP akan mewujudkan Jawatankuasa (JK) Bertindak Pembela Penjawat Awam bagi melindungi hak-hak demokrasi di kalangan 1.6 juta penjawat awam di negara ini.
Menurut Naib Pengerusi Biro Buruh DAP, tujuan jawatankuasa itu diwujudkan adalah untuk mempertahankan mana-mana penjawat awam yang menerima tekanan untuk mengundi mana-mana parti politik tertentu menjelang pilihan raya umum ke-14.
“Ia susulan kepada banyak aduan yang diterima oleh Biro Buruh DAP terutama dari para guru mengenai ada cubaan oleh pihak tertentu yang berniat untuk menakut-nakutkan mereka untuk mengundi selain dari Barisan Nasional.
“Jawatankuasa juga akan terus memantau dan bertindak jika Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman terus mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan hak-hak demokrasi mana-mana penjawat awam,” katanya dalam kenyataan.
Biro Buruh DAP ujarnya menzahirkan rasa kesal dengan kenyataan Zainal Rahim yang sebelum ini berkata penjawat awam perlu ‘menghargai kerajaan sedia ada’.
“Sekali lagi, Biro Buruh DAP mendesak semua pihak agar menolak kenyataan Zainal Rahim yang boleh dianggap suatu ugutan kepada kakitangan awam.
“Biro Buruh DAP juga mendapat maklumat mengenai perihal ada penjawat awam terutama di kalangan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang menerima ‘arahan’ membantu kempen PRU14 di kawasan yang ditandingi menteri UMNO,” ujar Amran.
‘Arahan’ seperti itu katanya tidak sepatutnya berlaku kerana ikrar Aku Janji penjawat awam di bawah Peraturan 4(1) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bukan bermakna kakitangan kerajaan perlu menyokong BN.
“Percayalah, tanpa teragak-agak, kami akan bertindak dalam apa jua cara untuk membela nasib kakitangan awam dan memelihara prinsip-prinsip demokrasi ke atas semua warganegara Malaysia,” katanya lagi. – Roketkini.com
0 comments:
Post a Comment