Wednesday 16 May 2018

[Video Dihalang jumpa Najib, rakan rapat kesal & Dr M tanya, kerajaan Najib dulu pun soal siasat untuk takutkan isteri saya? Tengok cermin la dulu] Telekom Malaysia (TM) dan Maxis menyekat laman web Malaysiakini? Kajian sahkan laman Malaysiakini disekat.

Khamis, 17 Mei 2018

Dr M tanya, kerajaan Najib dulu pun soal siasat untuk takutkan isteri saya?


Tengok cermin la dulu

Kajian sahkan laman Malaysiakini disekat


Satu kajian oleh kumpulan pejuang ketelusan digital, Projek Sinar mengesahkan bahawa laman web live.undi.info Malaysiakini telah disekat semasa malam keputusan pilihan raya umum ke-14 diumumkan.
Ia berkata Telekom Malaysia (TM) dan Maxis menyekat laman web itu selama beberapa jam bermula malam 9 Mei menggunakan kaedah yang dikenali sebagai Domain Name Service (DNS) Hijacking.
"Pengumpulan data ujian membuktikan DNS digunakan bagi menyekat sumber bebas keputusan pilihan raya oleh dua rangkaian yang berbeza (TMNet dan Maxis) semasa pengumuman keputusan kritikal pilihan raya Malaysia.
"Walau bagaimanapun, ini tidak menjejaskan keputusan rasmi pilihan raya yang ditangguhkan dan sepadan dengan kemas kini yang lebih cepat di laman web keputusan bebas yang disekat," kata laporan itu yang disiarkan semalam.


Laporan itu menyebut sekatan pertama dikesan pada jam 9.55 malam.
Laman web itu menyediakan keputusan rasmi dan tidak rasmi secara langsung yang diperolehi daripada pelbagai sumber, dan mempunyai lebih dari 1.3 juta pengguna serentak ketika itu.
Walau bagaimanapun, sekatan itu tidak berjaya kerana Malaysiakini membekalkan laluan pintas untuk menyelesaikan masalah berkenaan dan jumlah pembaca terus melonjak.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena