Friday 25 May 2018

[Video Senyap...Mana Hilang Nazri Aziz? Dimana Nazri Aziz?] Mesej khas untuk Robert Kuok atau Nazri Aziz? Baru Bian, Chong disebut-sebut jadi menteri.

Jumaat, 25 Mei 2018


Mesej khas untuk Robert Kuok atau Nazri Aziz?


Tumpang sekole.

Baru Bian, Chong disebut-sebut jadi menteri


Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Sarawak, Chong Chieng Jen dan Pengerusi PKR negeri, Baru Bian antara mereka yang bakal dilantik sebagai menteri kabinet.
Menurut sumber, Malaysiakini difahamkan sekurang-kurangnya dua anggota parlimen Sarawak akan diumumkan dalam senarai menteri kabinet berikutnya.
Sumber memberitahu Malaysiakini terdapat tambahan satu atau dua lagi portfolio yang akan ditambah dalam pengumuman menteri kabinet yang akan datang.
Apabila dihubungi, Chong enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai mesyuarat bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang diadakan semalam.
"Ok, boleh tahan, ia hanya kunjungan hormat daripada Pakatan Harapan dan kami bercakap mengenai masa depan Sarawak," kata Chong kepada Malaysiakini.
Chong (gambar) mengetuai delegasi enam orang dari Sarawak termasuk Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian, Pengerusi AMANAH Sarawak, Mohamad Fidzuan Zaidi, Alan Ling (Setiausaha DAP Sarawak), Vernon Kedit (ketua biro maklumat HARAPAN Sarawak) dan Abang Halil ABang Naili (Setiausaha AMANAH Sarawak).
Ketika ditanya mengenai pelantikan beliau sebagai menteri kabinet, Chong menjawabnya dengan malu-malu.
"Biarkan diumumkan dahulu, baiklah, tunggu pengumuman PM," kata Chong.
Kedua-dua Baru Bian dan Fidzuan Zaidi enggan mengulas mengenai butiran mesyuarat dengan perdana menteri itu.
Pertemuan antara perdana menteri dan delegasi HARAPAN Sarawak diadakan pada jam 4 petang dan berlangsung selama kira-kira sejam. Mereka bertemu di pejabat Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.
Chong juga menyebut Pengerusi HARAPAN negeri akan mengeluarkan satu kenyataan dalam beberapa minggu akan datang berhubung rundingan HARAPAN Sarawak dan isu-isu berkait kepentingan negeri itu.
"Kami akan dedahkan butirannya kemudian, dalam seminggu dua ini. Butiran itu akan didedahkan tak lama lagi," katanya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena