#BreakingNews.. Menteri Pengangkutan Anthony Loke kini mendedahkan gaji 'jeneral bersara' pon boleh puluhan ribuan ringgit. Bagaimana pula gaji/ pencen tentera2 kita yg dah bersara mahupun yg telah byk berkorban nyawa atau pon kehilangan anggota badan mereka..
Inilah yang berlaku sejak Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 2016 di era pemerintahan Najib Razak dgn pembiayaan awal sbyk RM90 juta dan dimaklumkan kos operasi Mavcom adalah RM25 juta.
NAMPAK TAK !!!..
Inilah yang berlaku sejak Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 2016 di era pemerintahan Najib Razak dgn pembiayaan awal sbyk RM90 juta dan dimaklumkan kos operasi Mavcom adalah RM25 juta.
NAMPAK TAK !!!..
Polis ambil keterangan Najib di rumah
Polis hari ini merakamkan keterangan bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak berhubung pemeriksaan dan serbuan polis di 3 unit kediaman di Pavilion Residences pada 18 Mei lepas.
Kenderaan polis dipercayai dinaiki pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dilihat keluar dari kediaman peribadi Najib di Langgak Duta pada pukul 1.40 petang setelah 2 jam berada di kediaman itu hari ini.
Menurut sumber, proses mengambil keterangan itu sepatutnya dilakukan semalam namun terpaksa ditunda pada hari ini bagi membantu siasatan.
Katanya siasatan dijalankan susulan laporan polis dibuat Najib di Pekan, Pahang baru-baru ini mengenai serbuan dan rampasan barangan milik berharga di apartmen mewah di Jalan Raja Chulan itu.
Semalam, polis mengambil keterangan anak perempuan Najib berhubung tindakan polis merampas beberapa barangan miliknya susulan pemeriksaan di apartmen mewah itu.
Polis dilaporkan mengambil keterangan anak perempuan bekas perdana menteri itu, Nooryana Najwa atau lebih dikenali sebagai Gina selepas beliau membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan tindakan polis melakukan pemeriksaan dan merampas beberapa barangan didakwa sebagai hadiah perkahwinannya.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharudin Abdullah ketika dihubungi Bernama mengesahkan pihaknya merakam keterangan Najib di kediamannya hari ini.
Tinjauan Bernama mendapati lebih 20 pengamal media berkampung di sekitar laluan masuk ke kediaman Najib di Langgak Duta sejak pagi tadi bagi mengikuti perkembangan terkini.
Terdahulu 2 kenderaan dipercayai dinaiki peguam Najib turut dilihat memasuki kediamannya pada kira-kira 12.00 tengah hari tadi.
MD.
0 comments:
Post a Comment