Monday 28 May 2018

[Video HSR bakal langgar BTN] Apandi Ali boleh didakwa kes SRC & Bekas Peguam Negara Malaysia menari A-G0-GO,

Selasa, 29 Mei 2018

Peguam Negara Malaysia menari A-G0_GO dengan Said Keruak


Image may contain: one or more people, sunglasses and text

Apandi Ali boleh didakwa kes SRC, kata Hanipa

Peguam Negara yang diarahkan bercuti, Tan Sri Apandi Ali jika terbukti ada kes, boleh dikenakan pertuduhan jenayah kerana tidak mendakwa Datuk Seri Najib Razak mengenai pemindahan RM42 juta dari SRC International, bekas anak syarikat 1MDB ke dalam akaun peribadi bekas presiden Umno itu, jelas pemimpin AMANAH Hanipa Maidin.
"Namun, jika diandaikan peguam negara yang baru nanti memutuskan akan mendakwa mantan Perdana Menteri BN di mahkamah bagi kes pemindahan RM 42 juta tersebut, saya rasa berkemungkinan besar Peguam Negara itu juga berhadapan risiko yang besar untuk didakwa dengan pertuduhan jenayah," kata Hanipa dalam suatu kenyataan hari ini.
Beliau berkata hal ini walaupun perlembagaan memperuntukkan peguam negara memiliki budi bicara sama ada untuk mendakwa atau tidak mendakwa seseorang.
"Ya , benar di bawah Artikel 145 ( 3 ) Perlembagaan Persekutuan , seorang Peguam Negara ada budi bicara untuk mendakwa atau tidak mendakwa seseorang atas sesuatu kesalahan jenayah.
"Lagipun, jika budi bicara itu dilihat telah secara sengaja disalahgunakan bagi melindungi seorang penjenayah yang jelas melakukan jenayah, saya tidak fikir budi bicara tersebut boleh melindungi hatta seorang peguam negara," kata Hanipa yang juga seorang peguam.
Bagaimanapun, anggota parlimen Sepang itu memaklumkan beliau tidak mahu membuat spekulasi.
"Namun, seperti yang saya kata, saya tidak mahu berspekulasi. Kita tunggu lah sama-sama tindakan peguam negara yang baru nanti," katanya.
Pada 14 Mei lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Peguam Negara (AG) Mohamed Apandi Ali telah diarahkan bercuti berkuatkuasa serta-merta.
“Pada masa ini soal gantung (AG) ini perlu beberapa tindakan, sebab kita nak dia diberi cuti, sementara dia cuti, maka solicitor general (peguamcara negara) ambil alih tugasnya,” kata Dr Mahathir pada sidang akhbar di Putrajaya.
Sehari selepas meninggalkan tugasnya, kerajaan mengeluarkan perintah larangan Apandi daripada meninggalkan negara.
Pada Januari 2016, Apandi Ali membebaskan Najib daripada sebarang unsur rasuah dan tidak menyalah guna kedudukannya dalam siasatan SRC International.
Katanya, beliau mendapati bahawa tiada apa-apa keterangan yang menunjukkan Najib menyalah guna kedudukannya dan memberi kelulusan jaminan wang pinjaman RM4 bilion oleh syarikat berkenaan daripada Kumpulan Wang Persaraan (diperbadankan) (KWAP).
"Tiada apa-apa keterangan yang menunjukkan perdana menteri mengetahui atau dimaklumkan bahawa terdapat kemasukan wang daripada akaun SRC ke dalam akaun beliau.
"Keterangan menunjukkan bahawa pada masa-masa material, perdana menteri mempercayai segala pembayaran yang dibuat oleh beliau adalah dengan menggunakan wang sumbangan keluarga diraja Arab Saudi yang telah dipindahkan ke dalam akaun beliau sebelum itu," kata Apandi.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena