Friday 25 May 2018

[Video Mamposss! 1MDB - BERAS HABIS PADI TAK JADI] Salahuddin Ayub: Kes LEMBU NFC di buka semula! Ho hak, ho hak satu persatu penyangak Umno bakal disembelih?

Jumaat, 25 Mei 2018

Foto Suara Rakyat.
Setelah Najib hilang kuasa & BN tumbang PRU14, kes siasatan NFC akan dibuka semula..

Lembu tua mana bakal disembelih nanti ?

Satu persatu penyangak Umno bakal disembelih...

Zainal Hakimi Hussain · 
YB Salahudin. Buka ladang di tiap2 negeri dan jagan yang besar. Buka yang sederhana biar ramai pengusaha lebih kompetitif. Sekarang harga dagung RM34.00. Sangat tinggi kalau boleh kita turun sampai RM25.00. Lagi kerajaan perlu tengok untuk buat sendiri makanan melalui
Pertubuhan Peladang Kebangsaan atau Sykt GLC yang dapat membekal makan pada harga ekonomi. YB perlu belajar dari sykt Charoen Pokpand Thailand. Syarikat konglomerit yang berjaya di Thailand.

Kes NFC dibuka semula

Susulan siasatan baru ke atas skandal 1MDB, kerajaan Pakatan Harapan hari ini mengumumkan bahawa kes seterusnya akan dibuka semula ialah isu National Feedlot Corporation (NFC).
Dalam hantaran ke laman Facebook parti AMANAH, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub berkata kes berkenaan akan dibuka semula “selaras dengan manisfesto Pakatan Harapan yang mahu setiap kes membabitkan skandal penyelewangan dibuka semula.”
Salahuddin, yang juga timbalan presiden AMANAH, juga memberitahu Astro Awani bahawa beliau akan mencadangkan kepada kabinet bahawa projek kontroversial penternakan lembu dan projek pembekalan daging lembu itu diteruskan.
Beliau dilaporkan berkata ini kerana projek berkenaan akan disemak dan jika perlu, dijenamakan semula, kerana beliau merasakan ia masih dapat memberi manfaat kepada rakyat.
"Saya perlu lebih objektif, kita tidak mahu membalas dendam, tetapi saya ihat bahawa matlamat NFC adalah baik.
"Dengan NFC, sekurang-kurangnya kita dapat mencapai 30 peratus bekalan (daging lembu) untuk kegunaan tempatan. Saya yakin belia akan berminat dalam bidang penternakan (lembu) dan oleh itu, kerajaan akan membantu mereka," kata Salahuddin yang dipetik dalam wawancara malam tadi.
Beliau berkata, kementeriannya telah mengenal pasti beberapa lokasi berpotensi di Negeri Sembilan, serta di Segamat dan Muar di Johor, yang boleh digunakan jika projek itu diteruskan.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena