Tuesday, 29 May 2018

[Video Zahid Hamidi Tak Senang Duduk] Zahid menipu, mungkin jumpa hantu? Masih ada lagi puak lobai pembangkang lagi pembangang masih kuat jaja, DAP kuasai kerajaan!

Rabu, 30 Mei 2018

Foto Suara Rakyat.
Berapa ramai KM Cina..?? bangsa lain nak jadi MB tak boleh kerana Undang-Undang Tubuh Negeri yang syaratkan MB dari orang Melayu.. tapi masih ada lagi puak pembangkang lagi pembangang masih kuat jaja, DAP kuasai kerajaan..

#JadilahPembangkangSejahtera


Zahid mungkin jumpa hantu, bukan penderma Arab

Pada 2015 ketika berita tentang skandal 1MDB mula didedahkan, perdana menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak mendakwa RM2.6 bilion yang ditemui di akaun peribadinya adalah daripada penderma Arab.
Dakwaan itu disokong Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi - yang baru menjadi timbalan perdana menteri - yang berkata beliau sendiri bertemu dengan penderma itu.
Identiti penderma Arab itu tidak pernah didedahkan.
Tiga tahun berlalu dan siasatan terhadap 1MDB semakin giat di bawah kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN). Dakwaan Zahid kini disangkal bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz.
"Itu pastinya berlaku dalam mimpinya. Zahid nampaknya melihat hantu Arab, sebab tiada seorang pun yang boleh mengenal pasti Arab mana (yang menderma).
"Arab mana yang ada duit dan aset sebanyak itu untuk derma RM2.6 bilion?" kata pemimpin yang pernah mendapat gelaran 'wanita besi' itu dalam wawancara bersama Malaysiakini.
afidah turut menyangkal dakwaan Zahid bahawa derma itu sebagai "penghargaan" terhadap usaha Malaysia melawan keganasan.
"Tolonglah, jangan mengarut. Mari kita selesaikan cerita ini kerana ia menjengkelkan semua...Mari kita cari dari mana sebenarnya duit ini," katanya.
Selepas bersara daripada politik pada 2013, Rafidah yang terkenal dengan ketajaman dan kelantangannya kembali ke pentas politik dalam menjelang PRU ke-14.
Pada mulanya beliau hanya menyuarakan pandangan melalui laman Facebooknya "Rafidah Aziz Malaysian Citizen", sebelum menyokong HARAPAN secara umum dalam kempen PRU.
Terjumpa Equanimity
Antara kritikannya terhadap BN adalah kegagalan mencari kapal pesiar mewah bernilai RM1 bilion - Equanimity - apabila beliau sendiri terserempak dengan kapal itu ketika bercuti tahun lalu.
Rafidah - seorang penyelam aktif pada usia 75 tahun - menceritakan kembali pertemuannya dengan kapal itu ketika berada di Laut Andaman, Thailand pada Februari 2017.
"Dalam perjalanan pulang (daripada menyelam), saya sepatutnya melabuhkan kapal di pengkalan ketika pengajar saya melihat pengesan kapal di telefonnya dan berkata 'Eh, Equanimity ada di sini'.
"Ketika itu jam 12:30 tengahari dan saya ingin tengok bagaimana kapal itu. Ini peluang sekali dalam seumur hidup.
"Kami lihat kapal itu dan mengelilinginya...Saya berhenti dan berkata 'Saya perlu ke satu tempat untuk ambil gambar tanpa disedari mereka'," katanya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena