Wednesday, 30 May 2018

[Video Menteri sahkan gaji bos Mavcom RM85,000 sebulan & Hisham tidak mempertahankan jawatan N/Presiden Umno?] Masa Untuk Hishamuddin Ucap Selamat Tinggal? SPRM mula siasat jual beli tanah DBKL.

Rabu, 30 Mei 2018

Masa Untuk Hishamuddin Ucap Selamat Tinggal?


SPRM mula siasat jual beli tanah DBKL

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan sudah memulakan siasatan terhadap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ekoran aduan dibuat seorang anggota parlimen.
Menurut Lim Lip Eng perkara itu dimaklumkan oleh Datuk Bandar Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz semasa mereka bertemu hari ini.
Lim yang juga anggota parlimen Kepong berkata siasatan SPRM itu dibuat berhubung penjualan 64 plot tanah semasa Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.
"Menurut datuk bandar, pihak SPRM tiap-tiap hari ada datang ke DBKL untuk menyiasat. Semalam ada, hari ini juga ada (datang).
"Mereka datang dan mengambil dokumen mengenai 64 lot tanah yang dijual pada zaman Ku Nan menjadi menteri," katanya kepada media di Ibu Pejabat DBKL hari ini.
Menurut Lim, Mhd Amin Nordin berjanji pihak DBKL akan memberikan kerjasama penuh terhadap siasatan berkenaan.
Malaysiakini sudah menghubungi Mhd Amin Nordin untuk mendapatkan komen beliau.
Sebelum ini Lim mendakwa 64 plot tanah itu - dianggarkan benrilai RM4.28 bilion - dijual kepada pihak swasta antara 2013 dan 2018 tanpa melalui proses tender terbuka.
Minta campur tangan KSN
Lim juga mendakwa sebahagian plot berkenaan dipindahkan kepada sebuah badan dikenali sebagai Yayasan Wilayah Persekutuan sebelum ia dijual.
Tengku Adnan ialah bekas pengerusi yayasan tersebut. Beliau yang juga anggota parlimen Putrajaya serta setiausaha agung Umno sudah menafikan sebarang salah laku dalam urusan berkaitan tanah berkenaan.
"Isu tanah-tanah ini adalah isu yang tertangguh lama dan tiada melibatkan rasuah... Kami lakukannya mengikut cadangan dan tidak menjualnya serta-merta," katanya kepada Malaysiakini.
Semasa pertemuan dengan datuk bandar hari ini Lim juga membangkitkan isu 10 daripada 64 plot tanah yang dipersoalkan itu belum berpindah tangan secara rasmi daripada DBKL kepada pembeli.
Katanya maklumat itu diperoleh melalui semakan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kuala Lumpur.
"Menurut datuk bandar sekiranya pejabat tanah tidak mengeluarkan persetujuan, DBKL akan membatalkan surat perjanjian jual beli dan mendapatkan semula tanah berkenaan," katanya.
Sementara itu Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok yang turut hadir dalam pertemuan itu menggesa Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa bertindak menghalang pertukaran hak milik tanah berkenaan.
Kata Teresa, Ali yang mengawasi hak-hak berkaitan PTG perlu mengeluarkan arahan kepada badan berkenaan supaya tidak menerima bayaran premium bagi meluluskan transaksi berkenaan.
"DBKL tak boleh berbuat apa-apa dalam hal ini kerana isu berkaitan tanah terletak di bawah PTG," katanya.
Mk.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena