Saturday 26 May 2018

[Video Arul Kanda 1MDB tipu rakyat Malaysia hidup2] Perak akan laksana air percuma pada golongan sasar.

Ahad, 27 Mei 2018

Foto Suara Rakyat.
DAH HAMPIR SEMINGGU pihak polis tunggu mahukan nama polis terbabit atas dakwaan peguam Najib yg mengatakan ada polis yg ambil coklat dan makanan dalam peti sejuk, ketika menggeledah rumah dikaitkan dengan keluarga Najib Razak itu dari peguam Najib.. TETAPI SAMPAI SEKARANG peguam Najib mahupun Najib terus jadi bisu.. KENAPA ??!

ker ini semua itu satu drama utk menipu rakyat demi meraih simpati terhadap Najib ?

Hasil carian imej untuk coklat umno

Perak akan laksana air percuma pada golongan sasar


Kerajaan Perak pimpinan Pakatan Harapan akan menunaikan satu daripada 31 janji yang ditawarkan kepada rakyat Perak, iaitu pemberian air percuma kepada golongan sasaran.
Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu berkata proses perbincangan bersama pentadbiran yang berkaitan sedang dibuat, termasuk dengan Lembaga Air Perak (LAP).
“Kami dapati ada ruang luas yang mencukupi untuk kami laksanakan dalam masa terdekat.
“Jadi kami akan tentukan definisi yang lebih jelas mengenai kumpulan sasaran yang akan merasai nikmat pemberian air percuma itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama kariah di Masjid Jamek Ar-Rahmaniah, Chenderiang, Tapah malam ini.
Ahmad Faizal yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang berkata tawaran tersebut akan dilaksanakan dalam 100 hari pertama, namun mengikut kemampuan kewangan kerajaan negeri.
Jelas beliau, pihaknya mempunyai keyakinan penuh terhadap LAP untuk melaksanakan satu daripada manifesto Pakatan Harapan negeri itu ketika Pilihan Raya Umum ke-14.
Dalam pada itu mengulas mengenai tindakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Manjoi yang membantah penjualan minuman keras di sebuah pasar raya baru-baru ini, Ahmad Faizal menasihati NGO terbabit agar mengikut saluran yang disediakan dan bukannnya bertindak bersendirian bagi mengelakkan masalah lain timbul.
“Saya faham dengan sentimen dan emosi NGO itu memandangkan Kampung Manjoi merupakan Kampung Melayu terbesar dalam negara.
“Namun begitu, saya berpendapat perkara ini boleh disalurkan kepada pihak kerajaan dan boleh kita mengadakan rundingan dengan pihak pengusaha pasar raya,” katanya.
Khamis lepas, sekumpulan individu mendatangi sebuah pasar raya dan meminta pekerja premis itu berkenaan mengosongkan peti sejuk yang mengandungi minuman keras.
Menteri Besar itu yang juga Anggota Parlimen Tambun turut menasihatkan pengusaha pasar raya yang beroperasi di kawasan majoriti Melayu agar lebih sensitif dengan masyarakat sekeliling mereka.
Bernama
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena