Wednesday, 30 May 2018

[Video Kos RM40 juta untuk RTM siar Piala Dunia] Nantikan, FIFA World Cup Russia 2018! BN kalah sebab terlebih wang & Di Pahang (UmnoBN) orang tak nak jadi MB sebab hutang RM2 bilion.

Rabu, 30 Mei 2018

FIFA World Cup Russia 2018 (Promo)

‘BN kalah sebab terlebih wang’ – Mohamad Sabu


Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata Pakatan Harapan telah membuktikan bahawa wang bukan kunci kemenangan sesebuah gabungan politik sebaliknya atas kehendak dan sokongan rakyat yang mahukan perubahan.
“Di Kota Raja, orang mengundi (Pakatan Harapan) bukan sebab tengok muka saya tapi mereka mahukan perubahan,” kata beliau.
Menurut Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu, disebabkan ‘permainan wang’ yang menjadi budaya lawan politik selama ini, mereka tewas kerana perasaan iri hati.
“Banyak duit mana pun kalau rakyat tak sokong, takkan menang.
“Sebab kita tak ada duitlah kita menang – BN sebab dia duit banyak, berpuluh juta, bila duit banyak akan ada yang iri hati,” kata beliau di majlis berbuka puasa anjuran DAP Bukit Bintang baru-baru ini.
Beliau mengingatkan, walaupun wang penting dalam gerak kerja jentera pilihan raya, namun ia bukanlah segala-galanya.
“Kalau misalnya ketua cawangan dapat RM50 ribu, ada pula dapat RM30 ribu – akan ada iri hati.
“Kita tak iri hati sebab semuanya tak dapat duit. Duit adalah perlu untuk kerja pilihanraya, tapi wang bukan segalanya.
“Belajarlah dari BN, mereka kalah sebab banyak duit. Bila (duit) banyak, jadi tak cukup. Yang dapat duit sikit (berbanding orang lain) dia iri hati, buat kerja pun (dia) tak semangat,” kata beliau.
Mohamad turut mengimbau nostalgia perjalanan politiknya di jalanan sebagai seorang demonstran, tahanan politik yang akhirnya terpilih sebagai Menteri Pertahanan.
Ujarnya, situasi tersebut sudah tentu memberi kelainan dan kejutan apabila perlu membiasakan diri dengan protokol tertentu sebagai menteri.
Beliau turut mengulas tentang pelantikan Setiausaha Agung DAP yang juga mantan ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang diberi amanah sebagai Menteri Kewangan.
Katanya, tanggungjawab yang diberikan kepada Guan Eng itu bukan kerana bangsa tetapi berdasarkan kemampuan dan pencapaiannya sebelum ini mentadbir Pulau Pinang.
“Menteri kewangan dipilih bukan kerana bangsa tapi kerana kemampuan.
“Di Pulau Pinang daripada hutang RM600 juta, (apabila ditadbir Pakatan Harapan) sekarang hutang selesai.
“Di Pahang pula orang tolak, tak nak jadi Menteri Besar sebab hutang RM2 bilion,” katanya lagi. – Roketkini.com

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena