Friday 25 May 2018

[Video Mat Sabu berbuka puasa bersama Warga ATM] Umno dan sekutunya semakin kucar kacir? Ketua Pengarah RoS 'Kaki Bodek Umno' kena TENDANG keluar! Kerajaan pertimbang bantuan Aidilfitri bantu penjawat awam.

Jumaat, 25 Mei 2018

UMNO DAN SEKUTUNYA SEMAKIN KUCAR KACIR

Foto Suara Rakyat.
Alhamdulillah, segala anasir2 pengampu bodek Umno telah dipindahkan keluar dari jabatan2 tertentu utk memastikan kelancaran pentadbiran negara.

Kini Bekas perunding JPA Masyati Abang Ibrahim dilantik sebagai ketua pengarah JPPM baru berkuat kuasa 23 Mei lepas.

Masyati merupakan perunding kanan di Bahagian Transformasi Sektor Awam JPA sebelum dilantik ke jawatan itu dan berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan pengurusan.



Foto Suara Rakyat.
Ketua pengarah ROS baru - Masyati Abang Ibrahim

Kerajaan pertimbang bantuan Aidilfitri bantu penjawat awam

Kerajaan pertimbang bantuan Aidilfitri bantu penjawat awam

Kementerian Kewangan akan mengusulkan cadangan kepada Perdana Menteri berkenaan bantuan Aidifitri yang bakal menjelang, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Beliau berkata cadangan itu akan diutarakan bagi membantu penjawat awam yang bergaji rendah untuk menyediakan persiapan menyambut Hari Raya.
“Untuk Hari Raya ini, ada yang bertanya (tentang bantuan), tapi saya harap tuan-tuan dan puan-puan bertimbang rasa kerana keadaan ekonomi (negara) yang kurang baik,” katanya ketika menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian itu, perhimpunan pertamanya selepas memegang jawatan berkenaan.
Lim juga berkata bantuan tersebut ditujukan kepada golongan berjawatan rendah, dan jumlah bantuan itu akan diumumkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Kita cuba menonjolkan imej kepimpinan melalui teladan, kita tidak memotong gaji penjawat awam, sebaliknya gaji menteri kabinet dipotong sebanyak 10 peratus… ini dipersetujui dalam mesyuarat kabinet pertama Pakatan Harapan.
“Dan mesej yang hendak kita sampaikan ialah ekonomi Malaysia berdepan dengan masalah kerana ketirisan dan penyelewangan wang yang terjadi sebelum ini,” katanya dipetik Bernama.
Lim menjelaskan bahawa kerajaan berdepan isu fiskal dan hutang negara, di mana kedudukan kewangan negara tidak selari dengan apa yang sebarkan kepada rakyat.
“Bagaimana pun, janji hendaklah dipegang teguh walaupun ia bertembung dengan posisi fiskal negara,” katanya, sambil menambah bahawa beliau akan menyatukan sistem dan laporan kewangan negara dalam minggu pertama menjalankan tugas sebagai menteri kewangan.
Laporan tersebut dijangka dapat memberi gambaran jelas mengenai prinsip asas ekonomi, dan tiada maklumat yang akan dirahsiakan.
“Kita juga akan meminta syarikat penarafan terkemuka seperti Pricewaterhouse Copper membantu kita dalam melancarkan lagi proses ini,” katanya.
Ini penting dalam mengimbangkan kedudukan fiskal negara dan janji-janji yang dibuat oleh Pakatan Harapan semasa kempen Pilihan Raya ke-14.
Lim juga berharap Malaysia akan menjadi negara yang menerapkan aspek keusahawanan dan pada masa yang sama, menjaga kebajikan rakyatnya.
“Keusahawanan dan kebajikan boleh berjalan selari, dan Pulau Pinang merupakan contoh pelaksanaannya yang berjaya,” katanya.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena