Tuesday, 29 May 2018

[Video Lepas Najib, Giliran Anak Perempuan Najib Rakam Keterangan] Mantop! Mesyuarat bulanan AMANAH hari ni dipengurusikan oleh YB Menteri Pertahanan & Polis rekod keterangan anak perempuan Najib.

Rabu, 30 Mei 2018

Foto Otai BERSIH.
Mesyuarat bulanan AMANAH Nasional hari ni dipengurusikan oleh YB Menteri Pertahanan Malaysia YB Mohamad Sabu dengan ahli2 mesyuaratnya:

YB Menteri Pertanian Salahuddin Ayub
YB Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad
YAB Ketua Menteri Melaka Adly Zahari
YB Ahli2 Exco Negeri Perak
YB Ahli Exco Negeri Johor
YB Speaker Negeri Johor
YB Ahli Exco Negeri Kedah
YB Ahli2 Exco Negeri Selangor
YB Ahli2 Parlimen Malaysia
YB ADUN2 Negeri..

Harap2 masih ada iman sebesar zarah lg kat depa ni...

Polis rekod keterangan anak perempuan Najib


Polis Daerah Dang Wangi merekodkan keterangan anak perempuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak susulan rampasan terhadap barangan di kondominium Pavilion Residences pada 18 Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah mengesahkan pihaknya hadir untuk merakamkan keterangan anak Ahli Parlimen Pekan, Pahang itu, lapor Kosmo!
Akhbar itu juga melaporkan pihak polis mengambil masa hampir satu jam untuk merakamkan keterangan Nooryana Najwa atau dikenali sebagai Gina.
Memetik sumber, polis hadir selepas wanita itu membuat laporan kelmarin mengatakan tidak puas hati dengan tindakan polis memasuki dan merampas barang peribadi yang didakwa dihadiahkan individu tertentu pada hari perkahwinannya.
“Laporan itu diterima Polis Daerah Sentul malam semalam dan polis Dang Wangi hadir untuk merekodkan keterangan berikutan kawasan kediaman wanita itu terletak di bawah daerah terbabit,” kata sumber tersebut.
Sementara itu Bernama melaporkan empat pegawai dan anggota polis menaiki sebuah kereta Proton Preve memasuki kediaman peribadi Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan, di Jalan Langgak Duta pada 11 pagi tadi.
Pada 18 Mei lepas, polis merampas 72 beg berisi barangan kemas, pelbagai jenis matawang dan barangan berharga di kondominium mewah yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Najib, sebagai sebahagian daripada siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Selain itu, sebanyak 284 kotak yang mengandungi beg tangan pelbagai jenama mewah turut dirampas dari tiga unit kediaman di kondominium di Jalan Raja Chulan itu.
Malaysiakini.




0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena