Wednesday, 16 May 2018

[Video Dr M: Slogan 1Malaysia akan ditukar] Zam: Muhyiddin silap besar dalam lantikan MB Johor...Ingat, Osman Sapian jangan sesuka hati melantik anggota Umno menjadi setiausaha sulitnya!

Rabu, 16 Mei 2018

Terkini, polis iring kereta keluar dari rumah Najib

Zam: Muhyiddin silap besar dalam lantikan MB Johor


Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat silap besar dalam pelantikan Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian, kata tokoh wartawan Tan Sri Zainudin Maidin‏.

Bekas menteri penerangan itu berkata demikian ketika mengulas peringatan Muhyiddin supaya Osman berhati-hati susulan tindakannya melantik setiausaha sulit dikatakan anggota Umno.

“Tan Sri Muhyiddin telah membuat kesilapan besar dalam pelantikan MB Johor yang akan terus timbulkan masalah kerana bertentangan hasrat rakyat,” katanya.
Muhyiddin hari ini mengingatkan Osman Sapian berhati-hati susulan tindakannya melantik bekas yang dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi Fizwan Rashidi sebagai setiausaha sulitnya.
Muhyiddin berkata beliau telah menasihatkan Osman untuk mengutamakan anggota Pakatan Harapan dalam pelantikan barisan pegawai.
Dalam siri tweet beliau, Muhyiddin berkata Pakatan Harapan akan runtuh segera jika Muhyiddin tidak membetulkan kesilapannya.

“MB baru ini tidak dinamik dan takkan berani betulkan kesilapan-kesilapan besar yang menyebabkan Umno diruntuhkan di Johor,” kata bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan itu.

Zainudin yang lebih dikenali sebagai Zam juga berkata “Muhyiddin terpaksa tegur tetapi ini kerana Muhyiddin tak boleh buat keputusan sendiri.”
Sementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Fizwan mengesahkan bahawa beliau merupakan setiausaha sulit menteri besar Johor.
Namun Fizwan tidak menjawab soalan ketika ditanya sama ada beliau masih lagi ahli Umno atau tidak.
"Ya, betul (setiausaha sulit menteri besar Johor).
"Saya pegawai tadbir negeri (JCS) berkhidmat untuk menteri besar Johor," kata Fizwan ringkas dalam pesanan WhatsApp kepada Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena