Wednesday 16 May 2018

[Video GST SIFAR MULAI 1 JUN & Musa Aman dan menteri disiasat] Tiada sebarang dokuman dilupuskan di KKMM - KSU

Khamis, 17 Mei 2018



Tiada sebarang dokuman dilupuskan di KKMM - KSU


Tiada dokumen yang dilupuskan di bangunan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di Putrajaya sebagaimana dakwaan yang sedang tular di media sosial, kata Ketua Setiausaha KKMM, Tan Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad.
Beliau berkata dakwaan Anggota Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, melalui laman Twitter dan Facebook yang menyatakan dokumen-dokumen di kementerian itu telah atau sedang dimusnahkan adalah tidak benar.
"Saya telahpun menghubungi Fahmi dan menjelaskan kepada beliau mengenai perkara ini. Beliau akan membetulkan kenyataan beliau tersebut," katanya kepada Bernama.
Namun, beliau kesal kerana sehingga jam 4.40 petang semalam, sebanyak 3,197 retweet telah dibuat berhubung kenyataan itu.
Sharifah Zarah menegaskan beliau memandang serius sekiranya terdapat ketidakpatuhan peraturan yang dilakukan oleh mana-mana pegawai berkaitan perkara berkenaan.
Malah, katanya, sebaik kembali daripada menghadiri mesyuarat bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin lalu, beliau terus mengadakan mesyuarat dengan semua pegawai pengurusan tertinggi KKMM.
"Salah satu arahan tegas saya adalah supaya semua warga KKMM dilarang sama sekali memusnahkan atau membawa keluar sebarang dokumen rasmi dari premis kementerian.
"Saya juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatertib sekiranya didapati ada warga KKMM yang melanggar peraturan berkaitan dengan perkara ini," katanya.
- Bernama
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena