Tuesday 15 May 2018

[Video Ini Sebabnya PM Arah Apandi Bercuti Serta-Merta & Tun M Tolak Kerjasama UMNO-PH] PM: 'Najib Bakal Didakwa'' & Laporan audit 1MDB konsisten dengan siasatan DOJ.

Rabu, 16 Mei 2018


''Najib Razak Bakal Didakwa'' - PM Tun Dr Mahathir


Hasil carian imej untuk Gambar 1MDB

Laporan audit 1MDB konsisten dengan siasatan DOJ

Laporan audit negara berhubung 1MDB yang kini dikelaskan sebagai dokumen terbuka mempunyai kekurangan perincian kerana keengganan 1MDB menyediakan dokumentasi lengkap.
Namun, bagi bahagian penting yang disiasat, maklumat yang dikemukakan dalam laporan itu konsisten dengan siasatan Jabatan Kehakiman AS (DOJ).
Jabatan Audit, antara lain, meneliti akaun Brazen Sky Ltd yang merupakan syarikat subsidiari 1MDB.
Jabatan itu meneliti penebusan "unit dana" Brazen Sky daripada pelaburan Cayman Islands dengan Bridge Partners International Investment Ltd.
Menariknya, Jabatan Audit mendapati penebusan ke dalam akaun Brazen Sky itu - yang dibuat secara berperingkat dari 5 Sept 2014 sehingga 8 Dis 2014 - dihantar kepada satu lahi syarikat subsidiari, 1MDB Global Investments Ltd (1MDB GIL).
Secara keseluruhannya, sejumlah AS$1.392 bilion ditebus ke dalam akaun Brazen Sky, dan AS$1.417 bilion dihantar kepada 1MDB GIL.
"Penebusan tunai daripada segregated portfolio company (Bridge Partners) didapati tidak mematuhi arahan lembaga pengarah 1MDB agar ia dipulangkan kepada Malaysia.
"Pemindahan tunai itu tidak dibentangkan kepada lembaga pengarah 1MDB untuk mendapat kebenaran.
"Alasan pengurusan 1MDB membuat pemindahan wang kepada 1MDB GIL tidak dapat dilakukan kerana 1MDB GIL sendiri mempunyai dana untuk diuruskan, iaitu setakat 31 Mac 2014 berjumlah AS$1.56 bilion," katanya.
Bagaimanapun, gambaran lebih jelas boleh didapati pada pemfailan DOJ yang menyatakan bahawa wang yang dihantar kepada 1MDB GIL akan dikitar semula dan dimasukkan ke dalam akaun Brazen Sky untuk membuat ia kelihatan seperti penebusan.
Jumlah wang yang dinyatakan DOJ berhubung pemindahan wang itu konsisten dengan laporan audit 1MDB.

Transactions in Brazen Sky account: Audit report version vs DOJ version

Date (2014)IN (Audit)OUT (Audit)IN (DOJ)OUT (DOJ)
Sept 5-12US$111milUS$94.42milUS$111milUS$94.00mil
Oct 1-8US$375milUS$375milUS$378milUS$375mil
Oct 8-15US$390milUS$340milUS$388milUS$340mil
Oct 16-24US$255.5milUS$255.5milUS$257milUS$256mil
Oct 24-Nov 4US$227milUS$222milUS$227milUS$222mil
Nov 6-14US$125milUS$125milUS$126milUS$125mil
Nov 17-24US$48.5milUS$48.67milUS$49milUS$49mil

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena