Sunday 13 May 2018

[Video Kelibat Terbaru Rosma & Beberapa Ketua Jabatan Mungkin Digugurkan - PM] Lantikan Menteri Kanan dipertikaikan Rafizi? Ingatlah, rakyat sedang memerhati dan menilai kerajaan baru ini. HARAPNYA TIADA LAGI KEJADIAN KEDUA.

Ahad, 13 Mei 2018

HARAPNYA TIADA LAGI KEJADIAN KEDUA.....

Ini adalah penjelasan Tun Mahathir Mohamad berhubung perlantikan tiga menteri kanan yang diumumkannya semalam, tetapi dipertikaikan oleh Rafizi Ramli.
Ini pula kenyataan daripada Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR.

Dan ini oleh Nurul Izzah Anwar, Naib Presiden PKR.
Kenyataan media Anwar Ibrahim juga jika diperhalusi tidak lari dari maksud yang sama.

KENYATAAN MEDIA

Saya menghargai kunjungan Pengerusi Pakatan Harapan merangkap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad petang semalam.

Dalam pertemuan itu, saya telah mengulangi sokongan padu KEADILAN kepada kepimpinan Tun Dr Mahathir. Saya juga telah sampaikan keresahan pimpinan  yang memohon agar kaedah rundingan lebih merangkumi.

Pandangan tersebut disambut baik oleh Tun Dr Mahathir namun harus diputuskan bersama oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan.
Saya telah juga sampaikan pandangan  saya kapada  pimpinan KEADILAN untuk mempastikan Kerajaan Pakatan Harapan  dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Timbalan Perdana Menteri mantap dan kukuh serta  dapat menyempurnakan tanggungjawab  dengan cemerlang.

Saya menggesa rakan-rakan seperjuangan yang telah menerima mandat rakyat untuk segera menjalankan tugas-tugas menyelamatkan dan membina semula negara kita.

Anwar Ibrahim
13 Mei 2018

Maka, tidak berapa tepat sebenarnya perlantikan semalam itu tidak mendapat restu PKR, malah seperti kata Perdana Menteri, tiada sesiapa pun diketepikan dalam susunan tersebut.

Ini hanya perlantikan awal, ada tujuh menteri lagi akan diumumkan dalam waktu terdekat untuk memenuhi kouta 10 kementerian sebagaimana yang sudah diumumkan sebagai permulaan penubuhan kerajaan Pakatan Harapan.

Selepas itu, perlantikan seterusnya akan dibuat lagi untuk melengkapkan semua 25 kementerian yang bakal menggerakkan keseluruhan perjalanan kerajaan.

Harapnya tiada lagi amalan "mencuci kain di khalayak terbuka" akan berlaku buat kali kedua, tak kira oleh siapa pun jua.
Sedarlah, rakyat sedang memerhati dan menilai kerajaan baru ini. (ShahbudinHusin 13/05/2018).

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena