Friday, 4 May 2018

[Video Mat Sabu- Najib Umno Hanya Tinggal Taktik Sabotaj, Penipuan SPR Dan Kekerasan Menang Undi PRU14] Tun M: Anggota tentera mengundilah dengan bebas & Panglima TLDM: "Rugi jika lepaskan peluang keemasan ini."

Sabtu, 5 Mei 2018

Foto Rafizi Ramli.
Panglima Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin menyeru anggota TLDM supaya mengundi secara bijaksana dan tidak membiarkan peluang "keemasan" terlepas begitu sahaja.

Dalam satu hantaran di Facebook, beliau mengingatkan anggota TLDM supaya keluar awal pada hari mengundi dan menunaikan tanggungjawab sebaik mungkin.

"Sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab undilah dengan penuh bijaksana. Ketahuilah, undi kita adalah rahsia.

"Saya nasihatkan agar anda laksanakan pembuangan undi dengan penuh adab serta kekalkan tahap disiplin kita yang tinggi.

"Janganlah dipengaruhi dengan hasutan-hasutan yang boleh menjejas keputusan pemilihan kita. Gunakan kebijaksanaan masing-masing berdasarkan fakta, pemerhatian, pencapaian yang dikecapi dan pengalaman kita sendiri," kata beliau.

Kenyataan itu dibuat dua hari selepas pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta anggota tentera mengundi dengan bebas dan tanpa kekangan kepada mana-mana pihak pada pilihan raya ini.

Ahmad Kamarulzaman turut mengingatkan anggota TLDM memastikan mereka mengundi awal serta menyemak pusat dan saluran mengundi terlebih dahulu.

"Bagi yang berkeluarga, bawa atau bantu pasangan kita atau ibubapa kita sekali," katanya.

Bagaimanapun, sebagai anggota tentera yang profesional serta taat setia pada raja dan negara, beliau menasihati warga TLDM agar tidak melibatkan diri dengan kegiatan politik.

Selain itu beliau turut meminta pegawai atasan TUDM agar memberikan kelepasan kepada anggota mereka untuk mengundi.

"Panglima, Pegawai Memerintah, Pegawai Bahagian perlu membantu serta memastikan agar semua warga Navy People diberi kelepasan untuk mengundi serta faham akan hak mereka untuk menentukan agar masa depan negara kita, TLDM kita dan keluarga kita terus terjamin.

"Rugi jika lepaskan peluang keemasan ini," katanya.

Baca laporan penuh di:
https://buff.ly/2jppmrk

Harga petrol naik jika BN menang – LGE

Harga petrol dan diesel mungkin akan dinaikkan lebih tinggi sekiranya BN kekal mentadbir negara ini pada PRU14 nanti.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, perkara itu tidak mustahil akan berlaku kerana harga bahan api itu tidak berubah untuk tempoh lima minggu berturut-turut.
“Kita tahu harga minyak setiap minggu akan berubah. Selalu naik, tapi lima minggu ini sangat bagus, tak naik langsung.
“Kenapa tak naik? Sebab ada pilihan raya. Tapi jangan-jangan lepas BN menang, harga minyak pun akan naik,” katanya.
Beliau berkata demikian di hadapan ribuan pengunjung yang hadir pada Ceramah Mega Pakatan Harapan di Perkampungan Juru.
Menurutnya, rakyat mampu mengelak kenaikan harga minyak itu berlaku sekiranya memenangkan Pakatan Harapan pada pilihan raya kali ini.
“Kalau kita berani ubah, baru harga minyak tak naik. Ingat baik-baik! Apabila BN naik, harga minyak pun naik. Harga minyak kalau nak turun, BN kena turun,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena