Thursday, 3 May 2018

[Video Saya mungkin ditangkap tak lama lagi] Kalau saya ditangkap lebih ramai keluaq Umno! Alahai Hadi Oiii, Pas tu Kerajaan atau Pembangkang?

Jumaat, 4 Mei 2018

Image may contain: 1 person, text

Tumpang sekole.

Dr M: Saya mungkin ditangkap tak lama lagi

Malam ini Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad hadir berceramah di PPR Kerinchi, dalam kawasan Parlimen Lembah Pantai di Kuala Lumpur.
Sebaik saja tiba, Dr Mahathir segera naik ke pentas berucap. Beliau mengucapkan terima kasih kepada kira-kira 1,500 orang ramai yang hadir malam ini pada majlis ceramah bertempat di gelanggang futsal itu.
"Saya mungkin akan ditangkap tak lama lagi," kata beliau merujuk kepada siasatan pihak polis terhadapnya di bawah Akta Antiberita Tidak Benar 2018 kerana membuat dakwaan pesawat yang dinaiki beliau disabotaj.
"Ada cerita palsu. Zahid Hamidi is the one who said fake news (tentang saya masuk) hospital, supaya orang ramai akan rasa tak perlu masuk hospital.
"Tapi saya rasa saya tak perlu masuk hospital untuk dapatkan undi," kata mantan perdana menteri itu bersambut sorakan hadirin.
Seperti biasa, Mahathir meneruskan serangan terhadap perdana menteri sementara Datuk Seri Najib Razak dan turut menggesa penonton menolak "parti bulan" (merujuk kepada PAS).
Beliau menghangatkan suasana apabila tersilap menyeru orang ramai untuk mengundi calon dari "Barisan" sebelum sedar tersasul dan lantas tertawa mengenainya.
"Undi calon-calon Barisan, oops, Pakatan Harapan.
"Itu terseliuh, sometimes teringat cara silam. Sebelum ini saya presiden Umno, tapi sekarang saya nak tumbangkan Umno.
"Sekarang Umno bukan Umno lagi tapi Umno sekarang parti Najib," katanya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena