Skandal 1MDB lebih buruk daripada yang dijangkakan
Seperti sebahagian besar pembaca Malaysiakini, saya mengikuti skandal 1MDB selama bertahun-tahun - bukan hanya di Malaysiakini, tetapi juga di laman web Sarawak Report yang dikendalikan oleh Clare Rewcastle-Brown, di The Edge (sebelum perdana menteri ketika itu Najib Razak cuba menutupnya), dan melalui The Wall Street Journal serta The New York Times.
Jadi saya tidak fikir saya akan mengetahui banyak apabila saya mendapat salinan awal buku 'Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, and the World'. Saya fikir saya tahu keseluruhan cerita isu itu.
Tetapi saya silap.
Buku yang secara rasminya akan dipasarkan di Amerika Syarikat dan Malaysia pada 18 September, ditulis oleh Tom Wright dan Bradley Hope dari akhbar The Wall Street Journal. Hasil laporan mereka mengenai 1MDB sejak beberapa tahun lalu menyaksikan mereka menjadi finalis untuk Hadiah Pulitzer, anugerah kewartawanan paling berprestij Amerika.
Mk.
Kementerian Wilayah kuatkuasakan isytihar harta
Kementerian Wilayah akan menguatkuasakan sepenuhnya arahan umum (general order – GO) agar semua kakitangan kerajaan mengiytiharkan harta masing-masing bagi mengawal pelakuan rasuah.
Menteri Wilayah, Khalid Samad berkata, sememangnya menjadi satu arahan kepada semua kakitangan agar mengisytiharkan harta ketika mula memasuki perkhidmatan awam dan dikemaskini setiap lima tahun sekali termasuk di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Mereka juga dikehendaki melaporkan setiap kali membeli aset baru atau menjualnya.
“Namun ia tidak dikuatkuasakan selama ini. Kita akan kuatkuasakan sepenuhnya hal ini sebagai sebahagian dari usaha untuk mengawal gejala rasuah,” katanya.
Khalid juga memaklumkan. beliau sendiri telah membuat pengisytiharan harta secara terbuka sebelum pilihan raya umum ke 14 lalu.
Khalid mengulas laporan media kononnya banyak berlaku rasuah di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Khalid berkata, pelakuan rasuah bukan berlaku di DBKL sahaja tetapi seluruh kerajaan akibat salah laku pemimpin atasan kerajaan sebelum ini.
“Apabila orang bawah melihat orang atas korup, maka mereka juga melakukan amalan yang sama.
“Kerajaan Pakatan Harapan berazam mahu mengawal pelakuan rasuah sebaik mungkin,” katanya.
MD.
0 comments:
Post a Comment