Friday, 14 September 2018

[Video Wajarkah Umno bertanding melawan Anwar?] Port Dickson P132 Pak Lebai dah konfius? AKUAN BERSUMPAH bukti Umno sedang menunggu peluang untuk BERSAMA Anwar dan PKR! Bagaimana dengan DAP, Amanah dan Bersatu?

Sabtu, 15 September 2018

No automatic alt text available.
Image may contain: 3 people, people smiling, text
Pak Lebai dah kofius... 
Tumpang sekole

AKUAN BERSUMPAH BUKTI UMNO SEDANG MENUNGGU PELUANG UNTUK BERSAMA ANWAR DAN PKR

Pendedahan Nazri Aziz tentang wujudnya akuan bersumpah melibatkan majoriti Ahli Parlimen UMNO yang memberi kuasa kepada Presiden UMNO, Zahid Hamidi untuk berunding dengan parti-parti dalam Pakatan Harapan dalam usaha kembali menjadi kerajaan, tidaklah begitu memeranjatkan sebenarnya.

Pertama, ia kerana UMNO pada hakikatnya tidak biasa menjadi pembangkang dan akan berusaha sedaya upaya untuk kembali hidup dalam lingkungan glamour kuasa.

Setelah 61 tahun selesa sebagai kerajaan, UMNO jelas mula rimas dengan kedudukannya sebagai pembangkang, walaupun baru empat bulan melalui kehidupan tanpa kuasa dalam tangan.

Untuk itu, usaha mencari jalan singkat untuk kembali sebagai kerajaan adalah pilihan yang mesti dimanfaatkan, tambahan lagi Zahid Hamidi bukanlah watak pemimpin yang mampu menerajui UMNO untuk mencipta kejayaan semula kepada parti itu dalam PRU15 akan datang.
Kedua, Zahid Hamidi melihat kedudukan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri menggantikan Tun Mahathir Mohamad adalah kesempatan terbaik buatnya untuk membawa UMNO kembali menjadi kerajaan memandangkan hubungannya yang rapat dengan Presiden PKR itu sejak mereka sama-sama dalam UMNO lagi.

Meskipun akuan bersumpah itu memberi kuasa kepada Zahid Hamidi untuk berunding dengan parti-parti dalam Pakatan Harapan, tetapi tentulah sasaran yang sebenarnya ialah Anwar dan PKR, bukannya selagi Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Ada juga pihak berpandangan, sebab utama Zahid Hamidi ghairah untuk menjadi Presiden UMNO sebelum ini tidak lain ialah semata-mata untuk merebut peluang membawa UMNO menjadi kerajaan, selain dirinya yang mungkin kembali sebagai Timbalan Perdana Menteri, sebaik Anwar menggantikan Tun Mahathir.

Kewujudan akuan bersumpah sebagaimana yang didedahkan oleh Nazri bukan saja menunjukkan UMNO begitu terdesak untuk mengejar kuasa bersama tertabalnya Anwar sebagai Perdana Menteri, tetapi juga mengesahkan mengapa Zahid Hamidi sehingga tidak berbuat apa-apa untuk memulihkan UMNO yang sudah kehilangan kuasa itu.

Dalam fikiran Zahid Hamidi, beliau hanya mahu menunggu waktu yang sesuai saja untuk menawarkan kerjasama UMNO kepada Anwar yang dalam waktu yang sama dilihat akan mengukuhkan lagi kedudukan Presiden PKR itu apabila beliau menerajui negara nanti.

Terdapat juga cakap-cakap bahawa sebaik menjadi Ahli Parlimen melalui Langkah Port Dickson ini, Anwar akan mula menekan Tun Mahathir untuk berundur dengan segera, atau jika enggan berbuat demikian, beliau akan melakukan "rampasan kuasa" dengan sokongan UMNO, Pas serta sebilangan wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak.

Realitinya, perkara itu memang tidak mustahil boleh berlaku. Cuma, apakah Anwar sanggup melakukannya yang bermakna beliau mengkhianati pengundi yang telah menumbangkan UMNO dan BN dalam PRU14 yang lalu?

Apakah setelah pengundi membuang UMNO, maka Anwar tergamak mengutip kembali parti itu dan membawanya semula ke persada kuasa?

Berapa ramai pula Ahli Parlimen PKR akan bersama dengan Anwar jika kerjasama PKR dengan UMNO dan Pas itu benar-benar berlaku?

Bagaimana dengan DAP, Amanah dan Bersatu?

Bagaimana jika sebahagian Ahli Parlimen PKR, terutama yang bukan Melayu beserta dengan DAP menarik diri dan membuat keputusan meninggalkan Anwar?

Apakah stabil sebuah kerajaan pimpinan Anwar ketika itu yang hanya ditunjangi oleh sebahagian PKR, UMNO dan Pas, selain daripada Sabah dan Sarawak atau dalam erti kata lain hanya kerajaan Melayu sahaja?

Selamatkah Anwar dalam pilihanraya berikutnya? (ShahbudinHusin 14/09/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena