Tuesday 11 September 2018

[Video Dah Lambat, Najib Dedah Bukti 2.6 Billion] Muzium beg tangan Rosmah di Bandar Malaysia, gurau Daim & Sarawak Report melaporkan Dana 1MDB sebyk RM3.5 bilion ke dalam sebuah kelab malam mewah Hakkasan di Las Vegas.

Selasa, 11 September 2018

Image may contain: 2 people, people smiling, text
The Link Between 1MDB And  The Billion Dollar Nightclub Chain In Vegas 
Sarawak Report melaporkan, kerajaan lama (BN) telah menggunakan dana 1MDB sebyk RM3.5 bilion ke dalam sebuah kelab malam mewah yang bernama Hakkasan di Las Vegas, US. Dan Lebai2 PAS pula dilaporkan berkata, rakyat sdh hilang sebuah Kjaan yg baik, iaitu merujuk kpd kerajaan lama (BN). 
Tumpang sekole.
Related image























Patutlah Pak Lebai berpuashati dengan pelaburan yang di buat oleh 1MDB yang dijelaskan oleh Arul Kanda. Sekawah daging babi dah jadi halal dengan seketul daging lembu... 
Tumpang sekole.

1MDB: PAS puas hati selepas jumpa Arul Kanda

tuan-ibrahim-pas
AMPANG: PAS hari ini berkata mereka berpuas hati selepas mendengar penjelasan mengenai hutang yang ditanggung 1MDB dan pelan rasionalisasi hutang itu dari presiden 1MDB sendiri, Arul Kanda Kandasamy.
Arul Kanda memberikan penerangan kira-kira 2 jam kepada Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan hampir 30 ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, serta tokoh jemputan seperti bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
Sidang meja bulat itu diadakan di Hotel de Palma, Ampang pada jam 9.00 pagi tadi.
“Secara keseluruhan bagi pihak kami kita berpuas hati dengan penjelasan yang dibuat Arul khusus pelan rasionalisasi yang telah dicadang beliau bagi mengatasi kemelut berlaku dalam 1MDB,” kata Tuan Ibrahim pada sidang media selepas sidang tersebut.
FMT
Image may contain: 1 person, smiling, text
Mahkamah Singapura memberikan perintah pelupusan wang yang diambil secara salah menurut undang-undang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan/atau Kumpulan Syarikat SRC International Sdn Bhd. 

Muzium beg tangan Rosmah di Bandar Malaysia, gurau Daim

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) Tun Daim Zainuddin menyarankan menjadikan projek Bandar Malaysia menjadi sebuah taman riadah.
Daim berseloroh di taman itu nanti akan dibina sebuah muzium beg tangan yang didedikasikan kepada isteri bekas perdana menteri Rosmah Mansor.
"Saya cadangkan lapangan terbang (lama TUDM di Sungai Besi) dijadikan taman supaya dapat digunakan penduduk Kuala Lumpur untuk riadah.
"Kemudian kita boleh bina muzium untuk beg tangan Rosmah (Mansor), seluruh dunia akan datang untuk menonton," kata Daim di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau bercakap pada majlis dialog townhall bersama penduduk parlimen Titiwangsa di Kelab Sultan Sulaiman.
Polis dalam serbuan Mei lalu di pangsapuri yang dikaitkan dengan Najib merampas 284 kotak beg tangan mewah.
Bagaimanapun, sumber yang rapat dengan Rosmah mendakwa pada bulan Ogos lalu tidak sampai separuh daripada barangan yang disita - termasuk barang kemas dan wang tunai - adalah milik Rosmah.
Bandar Malaysia sepatutnya menjadi hab utama di ibu negara dengan stesen MRT3 dan juga stesen Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang kini ditangguhkan.
Ia juga adalah satu daripada dua kawasan tanah yang terlibat dalam skandal 1MDB, selain Tun Razak Exchange.
Daim berkata mengenai Bandar Malaysia ketika membincangkan tanah kerajaan di Kuala Lumpur yang secara tidak betul dijual di bawah pentadbiran BN terdahulu.
Menurutnya, hal ini telah dibawa untuk perhatian SPRM dengan matlamat supaya kerajaan dapat mengambil semula tanah itu.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena