Forest City - Rakyat Asing Untung, Rakyat Malaysia Rugi...
Kata peribahasa kera di hutan disusui, anak di pangkuan ditinggalkan. Ini juga ibarat ayam di kepok kelaparan, itik di air kehausan, keran di hutan disusui. Mereka yang merancang Forest City ibarat burung terbang sudah dipipiskan lada.
Bayangkan lautan ditimbus, dibina kondo super mewah, harga berjuta ringgit hanya untuk memberi peluang kepada pendatang asing yg kaya raya membeli dan mendiami di sini. Anggaran penduduknya? 700,000 orang kelak. Kononnya Forest City mahu menjadi Dunai di Johor untuk kononnya memakmurtkan negeri Johor. Itu angan-angan Mat Jeninnya.
Ini fantasi mereka yang memajukan projek super megah. MB Johor angguk seperti kaldai kenyang terus membuat kenyataan yang kurang sopan kononnya PM, Tun Mahathir Mohammad, kurang faham tentang projek itu. Pelek bin hairan MB yang ilmu politiknya sekangkang ayam jantan cuba mengajar Tun M yang pernah menjadi PM selama 22 tahun tentang pembangunan negeri. Ada orang berkata dia seperti kaduk naik junjung, menjadi merak dengan kuasa tetapi tidak tahu masalah yg bakal menimpa negara Malaysia tercinta.
Teguran Tun M sangat relevant, dan perlu diberi perhatian serius oleh MB. Malaysia Baru bawah PH bukan warisan budaya korupsi, gila kuasa, pecah amanah. amalan kronisme dan nepotisme yg melampau yang diilhamkan oleh maharaja perompak kelas cakrawala Najib Razak. Tun M melihat implikasi politiknya kalau 700,000 orang asing memiliki hartanah yg super mahal itu, dan mereka bakal menjadi warganegara kelak setelah tinggal tetap lebih 10 tahun.
Apakah implikasi nya dari segi politik? Mahukah MB Johor melihat rakyat Malaysia berumah kayu, hidup miskin, di bumi mereka sendiri walhal orang asing menjadi tuanj di bumi ini? Sebagai PM menjadi tanggungjawab Tun M menjaga kepentingan rakyat dari menjaga kepentingan orang asing. Menjadi tanggungjawab PM keselamatan negara terjamin. Sebahagian besar pembeli kediaman di Forest City adalah China dari Beijing, warganegara komunis, dan komunis adalah musuh anti agama, dan musuh negara.
Memanglah Malaysia mahu mengadakan hubungan perdagangan dengan semua negara dunia termasuk negara komunis China. Tetapi kita tidak mahu kedaulatan negara dan masa depan rakyat Malaysia terancam oleh pendatang asing ini yang bakal menjadi musuh politik anak watan kelak. Malangnya MB Johor hanya dipengaruhi oleh dunia fantasi pembangunan Johor seperti Dubai. Dia tidak melihat atau tidak tahu implikasi pendatang-pendatang asing dari segi politik, perdagangan sosial, agama dan sebagainya.
Kerajaan Australia tetap melarang pelabur-pelabur dari China untuk menguasai sesuatu tem;pat yg dianggap penting oleh kerajaan Canberra. Mereka boleh membeli hartanah tetapi tidak boleh mempunyai suatu kawasan esklusif untuk China komunis sahaja. Kerajaan Australia tahu bagaimana kerajaan komunis China menguasai berbagai negara yang menerima bantuan kewangan untuk berbagai projek infrastruktur di negara-negara tersebut. Kini Sri Lanka, Pakistan, Mardives, Djebouti, Zimbabwe dan lain-lain sudah menjadi boneka Beijing kerana para pemimpin mereka korup, dan negara-negara mereka tidak mampu membayar balik pinjaman berbilion dolar dari China komunis.
Mahu tanya MB Johor. Apakah anda mahu negara Malaysia tergadai, dan Malaysia menjadi boneka Beijing kerana ada setengah pemimpin super korup membuat perjanjian berat sebelah yang merugikan Malaysia? Perlu ingat Johor negeri dalam Malaysia dalam ikatan Federalisme. Ia bukan sebuah negara asing dari Malaysia.
Perlu juga diingat hari ini rakyat berkuasa, dan rakyat menentukan nasib pemimpin dan kerajaan, bukan parti dan bukan istana yang menentukan. Ini yg termaktub dalam perlembagaan.Kalau rakyat boleh menumbangkan rejim super korup UMNO/BN dan Najib Razak pada pru 14 maka rakyat Malaysia hari ini juga boleh memilih siapa saja yang mereka suka pada pru 15 dan seterusnya. Selepas pru 14 rakyat adalah raja yang menentukan nasib negara dan nasib mereka. - Yahaya Ismail
Tumpang sekole.
Pembunuh upahan Keri Pok Jeng ditembak mati kes bunuh Adun Alor Limbat
Selepas hampir tiga tahun diburu, penjenayah paling dikehendaki di pantai timur, Keri Pok Jeng, yang juga terbabit dalam pembunuhan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat, akhirnya ditembak mati di Felda Neram Satu, dekat Chukai, hari ini.
Keri atau nama sebenarnya, Syukri Mohamad Abiah, 37, terkulai selepas dua biji peluru mengenai kepala dan dadanya dalam aksi berbalas tembakan kira-kira 4.30 pagi.
Polis percaya penjenayah ini bertindak sebagai pembunuh upahan dan suspek dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Alias Abdullah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Fazlisyam Abd Majid berkata, sebelum kejadian sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri Terengganu menerima maklumat berhubung seorang penjenayah bersembunyi di sebuah rumah dalam pembinaan di situ.
Katanya, bertindak atas maklumat dan risikan itu, polis kemudiannya pergi ke kawasan itu dan ketika cuba membuat tangkapan, suspek dikatakan bertindak melepaskan tembakan kepada anggota polis.
“Polis kemudiannya membalas tembakan itu selepas membuat pemeriksaan polis dapati suspek sudah meninggal dunia.
“Hasil pemeriksaan polis mendapati lelaki itu adalah penjenayah yang dikehendaki dengan melakukan lebih 12 kes jenayah termasuk kes bunuh, jenayah kekerasan, culik dan mendatangkan cedera,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman, malam ini, lapor MyMetro.
Fazlisyam berkata, hasil pemeriksaan polis berjaya menemui sepucuk pistol semi-automatik masih berisi sebutir peluru yang digunakan suspek serta sebilah parang.
“Polis menemui 16 kelongsong peluru termasuk yang dilepaskan suspek dan polis di lokasi kejadian. Suspek dipercayai mula terbabit dengan jenayah pada 2001 iaitu mendatangkan cedera dan ugutan jenayah.
“Suspek terbabit dengan banyak kes jenayah sehingga dia dikehendaki polis di Terengganu, Kelantan dan Pahang.
“Menyedari dia menjadi buruan polis, suspek yang berasal dari Pasir Putih, Kelantan, sering berpindah randah dan menyembunyikan diri bagi mengelak ditangkap polis,” katanya.
Katanya, suspek melakukan jenayah bersendirian dan tidak menyertai mana-mana kumpulan jenayah dan hanya menyembunyikan diri di dalam negara.
“Polis percaya suspek terbabit dengan kes tembak mati seorang bekas Adun dan dengan tumpasnya suspek, polis berjaya menyelesaikan banyak kes yang membabitkan suspek,” katanya.
MD..
0 comments:
Post a Comment