Monday, 10 September 2018

[Video TIADA DAGANG BERTEMPAT di Forest City] Ambrin sedia jadi saksi siasatan semula skandal 1MDB & Lebih banyak wang berkaitan 1MDB akan dipulangkan, kata firma guaman Singapura.

Selasa, 11 September 2018

Ambrin sedia jadi saksi siasatan semula skandal 1MDB

Bekas ketua audit negara, Tan Sri Ambrin Buang menyatakan kesediaannya menjadi saksi berhubung siasatan semula skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ambrin yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Khas Isu-Isu Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Negara di Kementerian Kewangan, berkata beliau akan memberi kerjasama penuh berhubung kes terbabit.
"Kita punya laporan (Laporan Ketua Audit Negara) itu juga telah digunakan sebagai asas kepada siasatan lanjut (skandal 1MDB). Kalau kerajaan bawa kes ke mahkamah dan saya dipanggil menjadi saksi, saya akan bekerjasama," katanya ketika ditemui selepas majlis sambutan ambang Maal Hijrah 1440 negeri Selangor di Shah ALam malam ini.
Terdahulu pada majlis itu, Ambrin menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1440 negeri Selangor yang disampaikan oleh Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah.
Pada Ogos lepas, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan usul supaya Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara menyiasat semula penyelewengan dan skandal 1MDB serta syarikat berkaitan dengannya.
Usul itu dibentang oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang mencadangkan siasatan dibuat supaya maruah Dewan Rakyat dapat dipulihkan manakala segala maklumat berkaitan harus didedahkan kepada umum.
- Bernama
Mk.

Lebih banyak wang berkaitan 1MDB akan dipulangkan, kata firma guaman Singapura

KERAJAAN Malaysia akan memperoleh semula lebih banyak wang bernilai jutaan ringgit yang disalahguna oleh anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) SRC International Sdn Bhd dengan bantuan pihak berkuasa Singapura, kata sebuah firma guaman republik itu.
Firma Tan, Rajah & Cheah yang dilantik oleh Putrajaya bagi mendapatkan semula wang tersebut, dalam kenyataannya berkata, proses itu (memulangkan wang) masih dijalankan dan pengumuman lanjut akan dimaklumkan kemudian.
TMI

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena