Wednesday, 12 September 2018

[Video 'Langkah Port Dickson' Anwar tarik perhatian dalam dan luar negara] LEBIH BAIK BN, PAS TAK LETAK CALON DI PORT DICKSON & Kenapa Port Dickson jadi pilihan?

Rabu, 12 September 2018
Foto Otai BERSIH.

LEBIH BAIK BN, PAS TAK LETAK CALON DI PORT DICKSON...

Akhirnya sah kerusi yang akan ditandingi oleh Anwar Ibrahim bagi membolehkannya kembali sebagai Ahli Parlimen ialah di Port Dickson, Negeri Sembilan. 

Ini berikutan wakil rakyatnya, Danyal Balagopal Abdullah dengan sukarela mengosongkan kerusi yang dimenanginya pada PRU 9 Mei dengan majoriti 17,710 undi untuk memberi laluan kepada Anwar menjadi penggantinya.

Danyal Balagopal juga dilaporkan sudah menghantar surat perletakan jawatannya  pada hari ini kepada Speaker Parlimen dan sebaik kekosongan kerusi itu dimaklumkan kepada SPR, maka suatu pilihanraya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari berikutnya.

Secara tidak langsung bermakna menjelang pembentangan Bajet 2019 pada November ini, Anwar sudah pun kembali bergelar Ahli Parlimen semula.
Di sebalik beberapa kerusi sebelum ini dispekulasikan bakal ditandinginya oleh Anwar bagi membolehkannya kembali ke Dewan Rakyat dan seterusnya memenuhi konsensus Pakatan Harapan untuk melantiknya sebagai Perdana Menteri ke-8 menggantikan Tun Mahathir Mohamad, ternyata Port Dickson menjadi pilihan yang muktamad.

Kenapa Port Dickson jadi pilihan?

Secara umumnya, Port Dickson adalah antara kerusi paling selamat bagi Anwar. Dengan kemenangan majoriti sebanyak 17,710 undi pada pilihanraya lalu serta PKR telah mengungguli kawasan itu sejak pilihanraya 2008 lagi, di samping komposisi pengundinya adalah Melayu 43%, Cina 33%, India 22% dan lain-lain kaum 2%, Port Dickson ternampak tidak mendatangkan masalah besar kepada Anwar.

Tambahan lagi, dengan kedudukannya sebagai bakal Perdana Menteri, sementara pengundi Port Dickson akan berebut-rebut mahu mengundi dan memastikan kemenangannya bagi merealisasikan Ahli Parlimen mereka menjadi ketua kerajaan, seluruh penduduk Negeri Sembilan juga pastinya turut mengutuskan doa yang tidak putus-putus agar Anwar dielakkan daripada ditimpa sebarang kekalahan.

Sekali pun sekiranya peratusan keluar mengundi yang rendah berlaku sebagaimana di Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong, faktor Anwar sebagai bakal Perdana Menteri tetap merupakan kelebihan kepadanya untuk menang selesa di Port Dickson.

Kemenangan Anwar sebagai Ahli Parlimen di Port Dickson dan  kemudian menjadi Perdana Menteri, dengan sendirinya bermakna Negeri Sembilan buat pertama kalinya akan melahirkan seorang Perdana Menteri buat negeri itu.

Jika sebelum ini Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin diimpikan oleh banyak pihak sebagai bakal Perdana Menteri pertama dari Negeri Sembilan, Anwar ternyata lebih pantas memintasnya dan sekaligus menjadikan beliau kebanggaan baru bagi negeri itu.

Dengan itu, tidak ada sebab untuk Anwar boleh kalah di Port Dickson ini.

Tidak kira siapa pun yang bertanding, baik dikekalkan untuk MIC atau diserahkan kepada UMNO serta dibantu oleh Pas dengan tidak meletakkan calon sekali pun, harapan pembangkang untuk menang adalah tersangat tipis di Port Dickson.

Buang masa dan buang duit saja bagi BN jika masih bermimpi untuk mampu membuat kejutan menewaskan Anwar. Dalam keadaan akaun bank UMNO sedang dibekukan oleh SPRM, lebih baik mereka belajar berjimat dan tidak meletakkan calon di Port Dickson.

Begitu juga dengan Pas, Port Dickson bukanlah kawasan yang selamat bagi parti itu. Bertanding sendirian tidak selamat, membantu UMNO atau membantu MIC sepertimana mereka membantu MCA di Balakong juga tidak selamat sebenarnya.

Jalan paling selamat baik untuk BN, Pas, UMNO atau MIC ialah semuanya tidak meletakkan calon dan memberi kemenangan percuma kepada Anwar.

Dengan demikian itu, duit rakyat untuk perbelanjaan pilihanraya turut dapat dijimatkan. (ShahbudinHusin 12/09/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena