Wednesday 12 September 2018

[Video Sidang media pengumuman kerusi Parlimen yang bakal ditandingi Anwar Ibrahim] 'PM-in-waiting' KJ saran BN letak ADUN Linggi & Lawan Anwar? PAS akan mesyuarat dulu, kata Tuan Ibrahim.

Rabu, 12 September 2018

Foto Otai BERSIH.

KJ saran BN letak ADUN Linggi lawan Anwar


Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mencadangkan supaya BN meletakkan ADUN Linggi, Datuk Abdul Rahman Mohd Redza pada pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson akan datang.
Linggi adalah salah satu daripada lima kerusi Dewan Undangan Negeri di kawasan Parlimen Port Dickson. Ia juga adalah kerusi yang tidak pernah BN tewas sebelum ini.
Khairy, yang mewakili BN di Rembau - kerusi yang terletak bersebelahan di tenggara Port Dickson - berkata Rahman masih muda dan adalah lulusan London School of Economics.
“Kalau calon tempatan, orang yang paling sesuai, bagi saya, ialah YB Rahman Redza, ADUN Linggi. Masih 40an. Seorang peguam lulusan London School of Economics. ADUN dua penggal dengan prestasi yang baik,” ciapnya di Twitter.
Dah confirm “PM-in-waiting” akan bertanding di Port Dickson. Ramai cadangkan nama sebagai calon BN. Saya ada sedikit pengalaman politik di Nismilan. PD atau dulu Teluk Kemang lebih baik diwakili calon tempatan. Walaupun sukar untuk BN menang, lebih baik calon local.
Terdahulu hari ini, Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengumumkan bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Port Dickson untuk membuka jalan supaya pilihan raya kecil dapat diadakan.
Pada PRU lalu, Danyal mendapat 36,225 undi untuk menewaskan calon BN V Mogan (18,515) dan calon PAS Mahfuz Roslan (6,594).
MK.

Lawan Anwar? PAS akan mesyuarat dulu, kata Tuan Ibrahim

PAS akan bermesyurat terlebih dahulu sama ada akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson bagi menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata setakat ini tidak ada sebarang keputusan dibuat memandangkan PKR baru sahaja mengumumkan perkara itu tengah hari tadi.
"Sebab hari ini baru ada keputusan (dari PKR) jadi kita tak bincang lagi, parti akan adakan mesyuarat bincang.
"Kita belum ada tarikh nak mesyuarat, biasanya minggu ke dua, sebab minggu ni ada muktamar," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena