Tuesday 11 September 2018

[Video MARA tak akan diterajui orang seperti Annuar Musa & Mat Sabu Menteri serba boleh, tidak sombong, kelakar] Berhati2 dgn putar belit & auta walaun! Putrajaya akan terus bantu kerajaan Kelantan, kata Lim Guan Eng.

Selasa, 11 September 2018

Mat Sabu Doakan Gabungan UMNO & PAS 

Menteri serba boleh, tidak sombong, kelakar, mudah mesra.


Foto Suara Rakyat.
KANTOI LAGI !!!
Apa yg diberitahu Menteri Kewangan adalah mengenai Penerima Terbesar Bantuan Kewangan Defisit dan Kewangan Pendahuluan Kerajaan Persekutuan..

BUKANNYA mengenai pinjaman/ hutang kerajaan Negeri..
Penerima Bantuan Kewangan Defisit bukannya Pinjaman Kerajaan Negeri..

Kedua2nya adalah isu yang berbeza...

FAKTA No.(1):
Kerajaan negeri Kelantan catat defisit akaun mengurus untuk lebih daripada 5 tahun berturut-turut !!

FAKTA No.(2):
Pada 2017, hanya 2 negeri yang menerima pemberian defisit iaitu Kelantan dan Perlis sahaja.

FAKTA No.(3):
Sehingga 30 Jun lepas, jumlah pendahuluan yang disalurkan kepada Kelantan berjumlah RM550 juta, juga merupakan penerima terbesar bantuan tersebut.

Putrajaya akan terus bantu kerajaan Kelantan, kata Menteri Kewangan

Putrajaya akan terus bantu kerajaan Kelantan, kata Menteri Kewangan
Putrajaya akan terus membantu Kelantan jika negeri itu terus menghadapi masalah kewangan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini.
Ahli Parlimen Bagan itu berkata, kerajaan tidak mempunyai wang yang mencukupi dan mempunyai masalah aliran tunai untuk membayar gaji penjawat awam.
“Kita tidak boleh membenarkan kerajaan negeri berada dalam keadaan di mana mereka tidak mempunyai wang untuk membayar kakitangan awam,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Lim berkata kerajaan pusat akan menggesa kerajaan, yang berada di bawah pentadbiran Pas itu, untuk mengamalkan perakaunan yang berhemat.
“Kita masih terus membantu mereka walaupun Kelantan tidak senang dengan kita,” katanya.
Lim berkata Kerajaan Persekutuan mahu memastikan setiap negeri di negara ini diberikan keadilan.
“Apabila kita bercakap tentang memberi bantuan kepada negeri-negeri, kita akan memberi kepada negeri-negeri yang memerlukannya tetapi apabila ia diberikan kepada peruntukan, ia akan diberikan sama rata untuk semua negeri,” katanya.
Bekas Menteri Besar Pulau Pinang itu berkata kerajaan Pakatan Harapan tidak mahu keadaan seperti apa yang berlaku di Pulau Pinang apabila negeri itu dipinggirkan kerajaan sebelumnya yang memerintah negara ini.
Lim mendakwa selain pembiayaan yang disediakan di bawah perlembagaan persekutuan, Pulau Pinang telah dipinggirkan sepenuhnya dari segi peruntukan kerajaan persekutuan dalam tempoh 10 tahun yang lalu.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena